Semalam 15.10 hujan lebat. Banyak kawasan dinaiki air termasuk di Hulu Klang, area Masjid Al Ridzuan tu. Dan juga berlaku tanah runtuh di Taman Melawati. Malah, nun di Kedah masih ramai berada di PPS. Baling pun banjir teruk kali ni. Semoga dipermudahkan urusan semua ๐คฒ
Alhamdulillah hari ni cuaca baik.
Pemandangan ni jam 6.41 pagi tadi. Terkejut juga tengok matahari keluar awal, belum pukul 7 dah cerah. Kuasa Allah kan, semalam seharian mendung dan banyak aktiviti terganggu dek hujan lebat dan banjir kilat di beberapa tempat, hari ni Allah bagi nikmat cuaca baik hingga ke petang.
Ye lah.. pagi ni cepat cerah. Pagi tadi keluar jam 7.10 pagi silau mata bila memandu mengarah matahari.
ReplyDeleteAah pukul 7 lebih tu dah bersinar terang matahari.
DeleteTerasa jugak pagi cepat cerah, hubby kata kan Subuh awal. Ya tak ya. Alhamdulillah hari ni dah panas. Rumah family adik ipar dekat area zoo pun air masuk sampai lantai rumah. Moga dipermudah kan semua urusan mereka yg terkesan.
ReplyDeleteAah Subuh awal skrg ni...
DeleteSemoga dipermudahkan juga urusan adik ipar Akk ๐คฒ
Hari ni baju semua kering... tak macam semalam
ReplyDeletebetul..risau baca..moga2 semuanya dipermudahkan..aamiin..
ReplyDeletesubhanallah...cantik pic pemandangan tu
Memang lebih cepat jam sholat skr kan ๐. Saya sempat kaget juga Krn biasa tahajud jam 4, ini pula dah subuh ๐คฃ. Mau tak mau tahajud jadi maju jam nya
ReplyDeleteYang saya perasan kat sini, bila pagi cerah awal, nanti belah petang, cepat gelap.
ReplyDeleteye betul..16hb tu hujan lebat sungguh nasib SA sampai awal kat office...
ReplyDelete