Sunday 6 October 2024

Kisah Tampal Gigi & Spek Patah

Sabtu 5.10 semalam Ummi pergi tampal gigi. Tampalan lama dah tanggal. Ikutkan nak pergi Sabtu lepas, tapi takde slot utk buat appointment on weekend. Klinik ni buka Sabtu dan Ahad sebab tu slot weekend full

Klinik gigi tempat Adik cabut gigi beberapa bulan lepas. Masa bawa Adik tu Ummi dah mula suka dengan klinik ni, staff baik² termasuk dentist-nya. Adik dulu dentist lelaki bertugas. Ummi pula female dentist (doktor lokum) yang bertugas semalam. Appointment Ummi pukul 10 pg, 9.45 Ummi dah sampai. Lepas regi terus masuk. 10 minit kemudian dah keluar. Sekejap je... Prosedur tampal gigi sekarang tak seseram dulu 🤭

Petang pulak, elok Ummi nak guna reading glass/spek mata Ummi tiba² patah. Bukan jatuh, bukan tertindih apatah lagi terduduk atasnya 😆 Skru patah dalam lubang skru, lebih kurang gitulah. 

Bawaklah ke Samsia Opto, tempat Ummi buat spek dulu. Adik kedai tu suruh Ummi letak gam Gajah hahaha... Berapa hari je boleh tahan kalau letak gam kan 😇 Sudahnya Ummi tukar frame... 

Yang ni je match dengan size kanta Ummi. Ikutkan nak warna coklat juga tapi tu la no choice. Tapi anak² kata spek ni lawa. Oklah tu...

For future reference
Tampal gigi: RM180 (RM150 tampal gigi + RM30 consultation
Frame spek: RM150 (harga selepas discount (20%) RM160, tapi adik tu bagi lagi diskaun RM10) 
Tq dik, rezeki Ummi as their last customer before depa tutup kedai :) 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

1 comment:

  1. Uncle dulu pun pernah cuba guna gam gajah... Pagi tampal tengahari tercabut! Hehehehe

    ReplyDelete