Saturday 19 October 2024

Ke Pasar Malam Taman Melawati

Petang semalam, ajak Walid keluar. Tak jadi ke Giant Batu Caves, kami ke Pasar Malam Taman Melawati. 


Dulu, balik kerja petang Selasa selalu Ummi singgah pasar malam ni. Time tu Melawati Mall tu hanya kawasan lapang, sebahagiannya tempat lapang untuk parking kereta, selebihnya lalang/rumput je. Crossed kawasan tu la dari ofis Ummi ke pasar malam ni. 

Sekarang pasar malam ni tak semeriah sebelum PKP dulu. Rasanya mana² pasar malam pun agak sendu sekarang ni kan? Dulu, dekat pasar malam Melawati ni berhimpit² sesak dengan orang, dengan deretan gerai² tapi sekarang agak lengang. Malah ada satu lorong tu kosong je. 

Ulam dan sayur² kampung. 
Jering Cambah, favorite arwah Tok dan Tok Wan. Kadang memang disemai supaya bercambah (keluar akar) kemudian dimakan sebagai ulam. Selain jering, ada juga Petai Cambah. Ummi suka sangat kalau Tok Wan ajak masuk hutan (kebun arwah Wan Manas, sepupu Tok Wan) yang bersempadan dengan tanah Tok Wan untuk cari Petai Cambah. W/pun Ummi tak makan, tapi seronok buat aktiviti ni dengan Tok Wan. Selak² bawah daun getah, nanti jumpalah. Pokoknya tinggi, kadang tu takde orang panjat ambil buahnya, jadi petai tu masak di pokok. Bila kering, gugurlah buahnya dan akhirnya bercambah menjadi anak benih. Cuma yang dimakan ni yang belum tumbuh daunlah, baru keluar akar. 

Buah Beka kan? 
Daunnya sedap dibuat KERABU.

Tak beli apa sangat pun, anak² bertiga je la nak itu ini. Abang pula tak tau nak beli apa, macam Ummi juga. Last² Ummi beli nasi lemak daun pisang yang sejak Ummi kenal pasar malam ni, nasi lemak ni dah ada dijual di sini. 

1 comment:

  1. maybe tgk timing jugak..now kan belum gaji so kat mall pun tak q pnjg utk byr groceries (giant etc)

    ReplyDelete