Thursday 10 October 2024

Al Fatihah ~ Kak Som

Turut berduka dengan berita pemergian Kak Som yang juga bonda kepada sahabat baik Ummi di kampung, Ta. Keluarga Ummi dan keluarga Ta ada pertalian darah juga. Ummi dan ayah Ta pangkat 2 pupu. Dulu arwah Tok Wan berkawan baik dengan arwah Pak Long Mad (bapa mertua Kak Som). Arwah Tok pula berkawan baik dengan arwah Kak Som ni dan kemudian menurun pula kepada Ummi dan Ta. Pertalian keluarga dan persahabatan terjalin sejak sekian lama jadi Ummi terkesanlah dengan pemergian Kak Som ni :( 

Orangnya sangat² baik. Arwah dan suaminya, Abg Jat banyak menyantuni arwah Tok sewaktu sama² mengerjakan haji pada tahun 2004 (tak silap Ummi). Makan minum, kesihatan, keselamatan Tok di sana depalah yang jaga. Ummi ingat lagi macam² cerita kebaikan pasangan ni yang Tok sampaikan. Masa arwah Tok masih ada, kalau balik kampung tu mesti akan ke rumah Kak Som ni. Arwah ni sangat ramah, rajin menjamu makan dan senang didekati. Sesuai dengan kedudukannya sbg isteri Tok Imam. 

Paling seronok setiap kali raya rumah mereka penuh dengan tetamu. Kak Som akan menjamu tetamu dengan pelbagai juadah airtangannya sendiri. Masakan Kak Som memang sedap, terutamanya rendang ayam, regu cicah dengan lemang yang dibakar sendiri mereka anak beranak. 

Malah, Ummi masih terkenang lauk sambal telur + kacang peas yang pernah Kak Som jamu Ummi. Hari tu Ummi ralit bermain dengan Ta, tak sedar dah tengahari. Kak Som ajak Ummi makan sama² dengan keluarganya, makan dulu baru boleh balik. Kita budak masa tu, ikut je la. Takut satgi tak boleh balik sungguh haha ... Cerita ni masa Ummi sekolah rendah dulu lagi tapi masih kekal dalam ingatan. Kini, semuanya jadi kenangan.  

Masa mula Kak Som tak sihat beberapa tahun lepas kami ada menziarahi beliau beberapa kali. Ada sekali tu sempat kami bergambar beramai²; Ummi, Tok, Ta & Kak Som. Kini kami masing² kehilangan ibu tercinta 😭

Minggu lepas Ta bagitau Ummi kaki Kak Som nak kena potong sebab kencing manis. Kemudian t/hari Selasa dimaklumkan Kak Som dikejarkan ke hospital. Pagi semalam sempat lagi Ummi bertanya khabar beliau, kritikal. Lewat petang semalam dimaklumkan bahawa beliau telah dijemput kembali oleh Pencipta-Nya. 

Didoakan agar arwah Kak Som ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲 

Be strong Ta ❤️

11 comments:

  1. Innalillahiwainailahirojiun....moga diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah... Semoga ditempatkan bersama para ahli syurga aminn...

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainailahirojiun. alfatihah utk arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  6. Aamin 🤲
    Terima kasih semua atas DOA utk Kak Som.

    ReplyDelete
  7. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ 🤲🏻

    Salam takziah buat sahabat baik PH. Semoga arwah ibunya ditempatkan di kalangan Mukminin dan Mukminat.

    ReplyDelete
  8. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnailaihirojiun...Salam Takziah, Al- Fatihah

    ReplyDelete
  10. Innalilahi wainnailaihi rojiun. Semoga sahabat kakak, kak som ini ditempatkan di tempat terbaik utk Orang2 beriman. Dilapangkan selalu kubur beliau. Dan diberi kekuatan untuk keluarga yg ditinggalkan

    ReplyDelete