Saturday 12 October 2024

Solat Jumaat

Semalam Ummi terbaca ('ter' sebab saja² scroll post raya tahun 2018 dulu sebab nak cari entry beraya di rumah arwah Kak Som, scroll² jumpa kisah Angah berjaya masuk SRAI. Then Ummi tengok ada komen yang Ummi tak perasan, jadi tak berbalas komen tu. Maaf ye sbb Ummi ni kadang tak perasan, kadang terlupa nak balas wpun dah baca, esp bila dah up entry baru. Dan lately banyak komen masuk spam box! Kadang lupa nak check dekat situ, terperamlah komennya. Maaf sangat² 🙏 

Komen ni menarik...

Sebenarnya inilah salah satu sebab Ummi berhenti kerja. Ummi nak uruskan persekolahan anak² termasuk rutin solat Jumaat anak² lelaki Ummi. Walid dulu takde masalah, hari Jumaat Kedah cuti. Memang Tok Ayah bawa depa adik beradik pi solat Jumaat.

Masa Abang darjah 1 (Angah 4 tahun, Kakak 2 tahun) Ummi akan siapkan bekal, ambil Abang tengahari di sekolah, rushing ke Masjid Al Khairiyyah nak dapatkan parking betul² depan pagar masjid 😁 Manalah tahu jadi apa² dekat Abang, Ummi bolehlah cepat² lari masuk ke dalam masjid. Dia keluar pintu masjid pun boleh terus masuk kereta. Tak perlu lintas jalan atau jalan jauh ke masjid. Kalau jauh of course Ummi kena keluar temankan, dengan nak usung adik² dia lagi agak bahayalah. Solat Jumaatkan ramai orang... Kenderaan pun banyak terutama motorsikal. Pendek kata, fikir semua aspeklah. 

Sementara menunggu orang azan, kami lunch dalam kereta. Pengalaman yang mahal untuk kami :) 

Bila Abang darjah 3 Ummi izinkan dia solat dekat masjid berhampiran sekolah. Itu pun Ummi hantar, tunggu dan ambil dia. Masjid ni kereta tak boleh masuk sebab jalannya sempit, jadi Ummi pastikan dapat parking terdekat juga :D Masa ni pun kami lunch dalam kereta juga. Adik dah lahir dah tahun 2017 ni. Setahun umurnya. Jenuh nak kepong 4 orang anak kalau bawa makan di kedai :)  

Bila Abang dah darjah 4, Angah mula masuk darjah 1. Awal² tu Ummi hantar dan tunggu juga 2 beradik ni, tapi lama² Ummi biar Abang jaga Angah. Ustaz², cikgu² dan murid² pun solat di masjid ni cuma awal² tu Ummi tak berani nak biarkan diorang begitu saja. Ummi tetap monitor

Alhamdulillah kami berjaya pastikan Abang dan Angah tak ponteng solat Jumaat sepanjang di sekolah rendah. Walaupun ada yang cakap tak wajib pun sebab depa budak² lagi tapi bagi kami biarlah dilentur dari rebung. Banyaklah pengorbanan sampai ada ketika rasa nak give up juga... Ada masa kami diuji dengan aircond kereta yang tak berfungsi, Adik meragam, Kakak nak kencing, bergaduh adik beradik sebab boring duduk dalam kereta (normally we spent almost 2 hrs duduk je dlm kereta), hujan lebat (dilemma nak keluar ambil Abang Angah terpaksa tinggal Adik Kakak dalam kereta, dibiarkan Abang Angah dalam masjid nanti jadi apa² pulak) macam²lah dalam fikiran selagi anak tak muncul depan mata. 

Syukur, berjaya juga harungi segala rintangan demi memastikan depa tunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Pengalaman yang bila dikenang, terasa manisnya :) 

9 comments:

  1. kejap je masa berlalu. tup2 anak semua dah besar panjang dah. dikenang2 waktu yg kelam kelibut tu mmg seronok kan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Nie lah atr cabaran cabarannya...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Besar pengorbanan Ummu.
    Semoga mendapat ganjaran berlipatganda daripada-Nya. Amin.

    ReplyDelete
  4. hahah... saya pun bakal berkampung depan masjid la tahun depan... kena bawa anak bujang solat jumaat sbb johor dah mula cuti sabtu ahad semula. sekarang ayahnya yang bawa

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah....besar tanggungjawab dan cabaran parent kan...

    ReplyDelete
  6. Manisnya pengorbanan ummi.
    Sekarang Allah balas anak² masuk asrama dan masih terjaga solat Jumaat nya.

    ReplyDelete
  7. Agak susah kalo kedua ibu bapak bekerja. Saya sendiri minta tolong ke driver saya, utk selalu ajak adik sholat Jumat. Nasib baik driver saya memang tinggal pun tak jauh dari rumah, dan mesjid dia sholat Jumat, memang mesjid dekat rumah saya juga. Hanya kurang 1 menit utk jalan kaki. Bisa dibilang tetangga dengan mesjid 🤣

    Jadi at least walaupun saya dan suami sedang bekerja, driver yg menemani adik.

    ReplyDelete