Monday 14 October 2024

Abang ~ Program Khidmat Masyarakat



Abang dipilih untuk sertai Program Khidmat Masyarakat sempena sambutan Sedekad TMUA bersama 19 orang lagi rakan² setingkatannya, minggu lepas 10.10. Sekolah pilih sebuah rumah kebajikan dan dakwah untuk melaksanakan program ni. 

Kata Abang, selain mengimamkan solat Maghrib dan Isyak, mereka juga mengajar para mualaf dan gelandangan yang datang ke rumah kebajikan tersebut membaca Al Quran selain mengagihkan makanan. Sepatutnya ajar kanak² mengaji tapi malam tu hujan lebat katanya. Jadi, orang² dewasa saja yang hadir ke pusat kebajikan tersebut. 

Adalah cerita tentang golongan yang disantuni ni dia share dengan kami. Harapnya Abang ambillah pengajaran dari kisah hidup orang lain. Jalan cerita hidup kita berbeza, ujian pun lain². Yang baik kita jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. 

Bagi Ummi baguslah Abang dapat join program ni. Bolehlah kenal masyarakat. 

2 comments: