Saturday 12 October 2024

Jalan² @ M3 Mall

Balik dari Perak hari Isnin, hari Selasa 17/9 tu kami ke M3 Mall Taman Melati. Dekat situ ada kedai kain Nagoya. Kami nak cari kain untuk tempah baju Melayu pengawas Abang. Merata² dah cari baju Melayu pengawas yang warna biru tu. Tapi semuanya kain cotton, kami nak cari yang kain licin (koshibo), senang nak gosok dan warnanya tetap maintain. Baju Melayu pengawas Abang sekarang kain cotton, makin lama makin luntur warnanya. Dah macam warna cadar asrama kata kawan dia 🤭


Ummi suka M3 Mall ni sebab tak crowded
Takdelah brand yang hype², semuanya biasa² je. Sesuai dengan target market dia. Anchor tenant dekat sini The Store. 

 Eco Shop pun ada...


Alhamdulillah siap dah baju Melayu pengawas Abang. Hantar jahit dekat Salam Tailor, RM180. Ya ampun, harganya 2x ganda harga kain 😅

1 comment:

  1. mesti segak abang pengawas berbaju melayu kaler biru nih., hehe

    ReplyDelete