Monday 4 September 2023

Sunway Hotel Seberang Jaya, Penang

Kali ni kami memilih bermalam di Sunway Hotel Seberang Jaya sewaktu ke majlis perkahwinan Ijah. 

Sampai dah malam, ginilah gambarnya :D Semua dah lemau, 10 jam atas jalan. Sebelah hotel ni ialah Sunway Medical Center. 

Self check in. 

But there are staff manning the reception counter, in case we need their help. 

Kami booked bilik deluxe twin (RM253/night). 

Saiz bilik memuaskan. Bantal tilam semua selesa. Cuma lampu agak malap. Romantik gitewww :) 

Lengkap semua kemudahan; cerek eletrik, peti ais, 3-in-1 coffee/tea, safe box, iron, iron board...

Cari password Wi-Fi la tu... ☺️
TV mula tu tak boleh guna. Then staff maintenance datang tukar wayar. Wayar putus katanya. Haha, lama tak dengar perkataan 'wayar putus' :D 

Bilik air luas. Air lajuuuuu 👍

Apalah maknanya mai Penang tak pekena nasi kandaqkan? Layan nasi kandar ni dalam bilik ja... Pagi esoknya pun Walid keluar beli sarapan dan Ummi sarapan dalam bilik juga. 

Depa sempat layan roti tisu sementara tunggu baju kering di dryer machine. 

Alhamdulillah selesa sangat menginap di sini. Di samping bilik yang selesa, lokasi juga strategik. Dekat dengan highway dan pelbagai kemudahan; kedai makan, self service laundry, bank... semuanya walking distance je. 

Hello jiran! 

Kami pernah menginap di The Lights Hotel dan Blanket Hotel yang letaknya dalam kawasan yang sama. Kalau ada bajet lebih boleh ke The Lights (ada swimming pool dan breakfast buffet superb!), kurang bajet boleh ke Blanket Hotel dan jika bajet sedang-sedang boleh pilih Sunway Hotel ni (takde swimming pool). Semuanya ada kelebihan. Tepuk poket masing-masing :p 

See you when I see you. 
Check out dulu.

Sunway Hotel Seberang Jaya
11, Lebuh Tenggiri 2 
Pusat Bandar Seberang Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang

12 comments:

  1. Tak tau pulak Sunway ada hotel di Pulau Pinang jugak. Ingatkan di KL je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Penang ada 2 sis; satu di Georgetown, satu kat SJ ni.

      Delete
  2. Nampak cantik pula hotelnya PH tapi tak ada swimming pool?. Kalau saya ok je. Kalau anak2 kecik memang nak mandi pool la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan well maintained 👍
      Kami pun ok sbb sampai pun dah malam hehe... Esoknya pun keluar awal, gi makan kenduri.

      Delete
  3. Jap Cuya cuba tepuk poket. *pap pap pap!
    Keluar lalat jerrrrr XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naper lalat pulak dok dlm poket tu? Kot keluar syiling gagah lagi 😆

      Delete
  4. Saya nampak makanan je... terus lapar...😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi la pekena nasi kandaq. Dekat dah Kulim tu :)

      Delete
  5. dr mgu lepas en suami ajak cari nasik kandaq... bestnya dpt mkn nasi kandaq ori di penang

    ReplyDelete
  6. Wahhh.. baru semalam nampak PH gi makan kenduri SA kat Somban, tiber dah sampai Seberang Jaya pulak. 10 jam tu... Mujurlah dapat tempat yg selesa utk bermalam.

    ReplyDelete
  7. kami tak kesampaian nak ke utara cuti ni,ingatkan dapat la pekena nasi kandar..tak dak rezeki

    ReplyDelete
  8. Seronoknya..cadangnya nak hanimun kat Penang..lepas tu macam x sanggup plak nak lama atas jalan...tu yg decided pi CH

    ReplyDelete