Saturday 16 September 2023

Abang ~ Hari Bicara Akademik

Jumaat 15/9 hari yang sangat sibuk buat seorang Ummi :D 

Lepas hantar anak³ ke SRAI, terus pecut ke sekolah Abang. Hasil pecutan, belum pukul 8 Ummi dah sampai ke tempat tuju haha... Sempatlah Ummi layan akhbar online dan ziarah kawan-kawan maya. Nak turun kereta segan, cikgu² tengah bersarapan di kantin. 

Sekali-sekala kita melaram la ahak! 

Bila line clear Ummi ke kantin :D 

Makan sorang², tunggu Abang tak muncul-muncul. Rupanya depa kelas seperti biasa, hingga pukul 9. Sebab pukul 9 baru mula sesi mengadap cikgu-cikgi :D 

Boipren 😘

Kami berpeluang jumpa; 

Ust Nazir, guru PAI ~  sempat bincang halatuju Abang F4 nanti. Alhamdulillah, tahun depan tak jadi fully STEM, berkat muafakat bulan 7 tempohari. Tapi, kelas Sains ditambah, kelas agama dan akaun masing-masing 1 kelas. Abang ni minat bidang agama, tapi UN cakap kurang² ambillah kelas akaun supaya lebih luas peluang nak ke U nanti. Kalau nak kelas agama juga, pastikan subjek PAI skor >  90%. Tersengihlah Abang :D 

Cg Rafidah, guru kelas 3H ~ jumpa untuk tengok result PPT Abang. Masih ada 4 ekor 'cacing' 🀭 Tapi, overall good. Markah PBD pun baik alhamdulillah. CR pun encouraged Abang ambil kelas pure science juga. Peluang lebih cerah katanya. 

Ms Paro, guru BI ~ Tengah que nak jumpa cikgu Sejarah, Abang bagitau Paper 2 BI ada pada Tr lagi. Kena jumpa Tr untuk dapatkan markah. So, Ummi suruh dia pergilah que sana, jumpa MP. 

Yang sebelah kiri bukan Abang, itu AAM. Nampak samakan? Sampai ada parents ingat depa kembar. Siap tegur dan tanya lagi hehe... Dua-dua kena lecture dengan MP,  Ummi tengok dari jauh je :) 

Cg Nik M, guru Sejarah ~ Overall okay skor Abang tapi nak kena push bagi dapat A. Sipi² je lagi... paling best cikgu nasihatkan Abang supaya pandai pilih kawan. Abang ni selalu mengadu takde kawan nak study sesama. Nak pulun sorang-sorang nanti kena kutuk pulak. Macam-macam la πŸ˜‡

Guru Halaqah (hafazan), Ustaz AR ada tugasan rasmi di luar. Lagipun, 9/11 orang anak² Halaqah Ustaz kecundang dek sakit mata πŸ˜… Jadi, Ustaz update perkembangan dan rekod hafazan di WA group saja. 

Setel Abang, uruskan Adik Kakak pula...

Full jadual Ummi! 








15 comments:

  1. anak kalau jenis minat agama lagi bagus....nanti kalau kita mati dapat la mereka doa masa kita dalam kubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan 🀲
      Walau apa bidangnya, membentuk mereka jadi anak² soleh/solehah itu yg utama kan?

      Delete
  2. Mudah2an abang akan skor banyak lagi 'A' pada masa akan datang

    ReplyDelete
  3. Moga ABANG lebih berjaya dan cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. Kagum dengan PH mengimbangi masa untuk setiap perkara. Aktif dan bergerak tapi sempat masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je NA, sekadar jalankan tanggungjawab :)

      Delete
  5. Dari siang tadi cuba nak komen tapi tak lepas. Sampai dah lupa apa yg ditaip komen siang tadi yang pasti sy salute dgn PH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, maaf SK. Kita pun tak tau apa masalahnya πŸ™

      Delete
  6. Bagus abang minat agama..semoga abang terus success dalam semua pelajaran jugak...abang ni tinggi orangnya kan PH..

    ReplyDelete
  7. Kalau nak cerahkan peluang kalau minat agama boleh masuk kelas sains tulen agama. Subjek ada 11 untuk SPM. Jadi boleh masuk line agama @ sains tulen.

    ReplyDelete
  8. Bz betul Umi..semoga semuanya diterangkan hati dalam menimba ilmu

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... moga terus success ye Abang!!!

    ReplyDelete
  10. Tahniah Abang, terserlah potensi ke arah aliran sains ni πŸ‘πŸ» Bagusnya sekolah abang, jumpa setiap cikgu subjek boleh tau komen setiap guru utk improve gred for final semester nnt. Sekolah my daughter jumpa cikgu kelas je. Lepas tu cikgu kelas cuma boleh komen pasal subjek yg dia ajar je πŸ˜…

    ReplyDelete