Sunday 3 September 2023

Selamat Pengantin Baru Adah & Pasangan πŸ’

Selain undangan dari SA, Ummi juga dapat jemputan dari Mak Cella ke majlis perkahwinan anakandanya, Adah pada hari Merdeka yang lepas. Terharu sangat dengan ukhuwah yang dipamerkan oleh rakan-rakan blogger ni. Walaupun tak pernah bersua, tapi tak dilupakan bila ada kenduri-kendara. Terbaiklah πŸ‘


Bila dapat jemputan tu mulalah kami merangka itinerary balik kampung. Kebetulan 27/8 ada kenduri anak sepupu Walid di Penang. Cadangan awal nak singgah di rumah MC, di Pendang otw balik ke Jitra. Kiranya singgah sebelum kenduri sebab Ahad dah nak ke Penang dan terus ke Perak pula. Tapi, Tok Umi pula dah ke Penang Sabtu 26/8, untuk majlis akad nikah cucu saudaranya Tok Ayah tu. Jadinya, kami berjanji untuk jumpa di Prai saja. 

Option kedua, Walid extend cuti hingga 31/8 tu. Pak Uda pun ada juga jemput kenduri kahwin adiknya hari tu. Tapi, cuti Walid pula dah nyawa-nyawa ikan haha... Isnin & Selasa tu dah ambil cuti, ada urusan keluarga. 

Kesimpulannya, belum rezeki nak jumpa Mak Cella :( 

Selamat Pengantin Baru Adah & pasangan!
Semoga berbahagia dan berkekalan jodohnya hingga ke syurga aamin 🀲

Tahniah MC dapat menantu. Terima kasih sangat atas jemputannya. Rasa terharu sangat ☺️ 

Ada rezeki kita jumpa nanti Insha Allah. 


6 comments:

  1. Insya allah.. nak jugak jumpa PH.. hehehe.. semoga ukhwah antara kita semua sentiasa mekar mewangi 😍😍😍

    ReplyDelete
  2. Byk betul undangan majlis kahwin yang sis kena attend ye. Takpe, ada rezeki boleh jumpa mama cella.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, moga persahabatan sesama bloggers kekal selamanya.

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah atas ukhuwah yang terjalin. Ini antara keindahan berblog πŸ‘πŸ½

    ReplyDelete
  5. Bila time cuti sekolah ni ramai la buat kenduri kagwin. Opps kita kahwin pun masa cuti sekolah. Hehe. Kalau Pendang ada rumah abang ipar.

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru Adah..SA pun dpt jemputan..tp clash ngan majlis SA kan..so x dpt pi majlis jemputan mamacella ni..

    ReplyDelete