Wednesday, 13 September 2023

Rock Garden & Himalaya Camping Resort, Gopeng, Perak Darul Ridzuan

Disinilah kami berkumpul selamat 3H2M, menjayakan Family Gathering Anak Cucu Tok 2023. 

Himalaya Camping Resort (HCR) ni bersebelahan dengan Rock Garden (RC), diuruskan oleh management yang sama. Letaknya pun bersebelahan. Parking pun compound yang sama. HCR ni dimiliki oleh Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (Datuk Qobin, pendaki Everest). Hence, the resort is named after the Himalayas (Banjaran Himalaya dimana terletaknya Gunung Everest). 

Sebelah kiri HCR, sebelah kanan RC. Kami stay di HRC. 

Himalaya Camping Resort, tempat ni baru dibuka berbanding RC yang lebih dulu beroperasi. Ada A-shape chalets dan ordinary chalets, glamping tents serta campsite. 

Rock Garden pun sama cuma chaletnya semua A-shape. Ada chalet 2 tingkat serta campsite. Ikutkan kedua tempat ni ada pool masing-masing tapi Ummi tengok anak-anak yang menginap di sini bebas je masuk mana-mana kolam pun. 

Sebab kami duduk di HCR, jadi Ummi citer pasal HCR lah ye... 

Luas, selamat dan selesa nak menginap di sini samaada nak bermalam di chalet, glamping tents atau campsite

Yang bulat-bulat (warna putih) tu khemah glamping. 

Bilik kami. Kecik tapi muatlah sekeluarga. Lagipun Abang & Angah tidur bilik Tok Ayah. Depa ambil A-shape chalet, ada katil double decker dalam chalet tu. Semua bilik dilengkapi pendingin hawa. TV  takde ye. Line Internet pun tak laju sangat. Tapi bolehlah... 

Depan bilik. 
Ada yang berkhemah tapi tidaklah betul-betul depan pintu bilik jadi masing-masing tak rasa terganggu. Lagipun tempat ni luas, masing-masing ada space sendiri. 

Saja ambil gambar tong sampah tu sekali sebab di sini mana-mana ada tong sampah dan sentiasa dikutip sampahnya. Takde berterabur sana-sini. Hatta daun kering pun tak kelihatan. Persekitarannya sangat terjaga. 

Chalet kami bentuk petak. Atasnya ada ruang yang dihiasi dengan artificial grass. Kalau nak piknik atas tu pun best. Nak healing lagiiii best :p

Rooftop. 

View HCR dan RC dari atas bukit yang kami naik hari kedua tu. HCR ni sedang diperbesarkan lagi. Glamping tent besar tu untuk keluarga rasanya sebab yang sedia ada ni untuk couple with baby/toddler sesuailah. Kalau 6 beranak macam kami tak muat kot 🀭

Glamping with attached bathroom. 

Surau cantik. 

Shared bathroom for campers. Sewa tapak RM50, sekali dengan 1 point elektrik. Nampak bersih dan terjaga bilik airnya pun. 

Dining area. 

Ada banyak plug point untuk kita masak nasi ke, air ke... Ini common area untuk semua. Untuk sarapan, semua guest yang entitled for breakfast, makan di sini. Untuk lunch dan dinner mostly group kami guna tempat ni kami sebab kami order food dengan caterer sini. Ada singki dan freezer juga disediakan. Ada 3 freezers. Semua guests boleh guna. Untuk memasak, Tok Tam bawa dapur portable. Air fryer dan rice cooker pun ahli kami bawa juga. Kalau nak guna rice cooker ke, banyak plug points di sini. Takyah berebut :) 

Sebelah dining area ni kolam. Cetek je kolamnya jadi sambil kami melepak, anak-anak boleh mandi pool. Of course adalah abang kakak yang jaga. Mak ayah pun pakat tolong jaga sesama ahli keluarga kami, alhamdulillah selamat semuanya. 

Kolam sebelah RC. Pun cetek je, sesuai untuk kanak-kanak. 

Bunga-bungaan di sekitar resort. Warna semua terang-terang. Lawa! 

Taknak mandi pool boleh mandi sungai. Nak water rafting pun boleh. Ada perkhidmatan yang disediakan di sini. 

Resort ni lebih kurang 7km je dari pekan Gopeng. Tapi, perjalanannya agak mencabar. Bila dah masuk Kg Sungai Itek tu, jalannya agak sempit. Jalan kampung kan...kalau berselisih hatta dengan motor pun kena beralah salah satu. Tak lepas! Kemudian, dari hujung kampung nak masuk ke resort, dalam 1.5km. Naik bukit sikit, risau betullah Ummi sebab kami kenderaan berat πŸ˜… 8 orang plus Tok Umi, Tok Ayah dan Haziq! Dengan barang lagi huhu... Tapi jangan risau, Alphard dan Vellfire pun lepas masuk sini :D 

Lepas kampung, lalu pulak ladang kelapa sawit...

Kemudian, baru nampak sungai ... bawah gaung tu ....

 
Tapi, hati-hati ye...

Cuak gilerrrr Ummi masa ni ... Dah habis tepi dah Walid drive ni ...tahan nafas je πŸ˜…

Tapi janganlah takut, bila nampak je resort tu terus hilang rasa debar ke, cuak ke :D Berbaloi sungguh untuk ke sini...

Sungai yang mendamaikan...

Pemandangan indah dari atas bukit ...

Dan semestinya senyuman, dakapan dan gelak tawa mesra ahli keluarga menanti di hujung perjalanan. Chewah! 

Rock Garden & Himalaya Camping Resort, Gopeng




9 comments:

  1. menarik tmpt camping dgn fasilities yg disediakan...pool pun ada...A shape chalet tu cantik

    ReplyDelete
  2. Tempat terkenal ni. Menarik sebab boleh pilih nak chalet atau camping. Bagusnya siap ada rooftop, syok lepak atas.

    Sama la kita PH, dok tahan nafas kalau rasa seram lalu jalan yang bahaya. Penat tau πŸ˜„

    ReplyDelete
  3. Wah, boleh la masuk dalam bucket list utk trip camping ni. Toilet lawa, tempat bersih, harga pun ok πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  4. Cantik tempatnya. Alamak hendak ke sana yang mencabar.

    ReplyDelete
  5. kalau bercuti atau aktiviti beramai-ramai gini ammi mmg prefer tmpt yg internet coverage dia sendu supaya semua orang "bercakap" to each other bukan tenung telephone.

    masa gi kenyir boat house tu pun gitu...mmg semua orang bercakap sbb takde line langsung hahahah..padan muka

    ReplyDelete
  6. Wow PH...cantik tempat ni..thanks sharing..SA memang cari tempat macam ni utk family day family...tapi sesuai x kalau bawak Mak Pah? i mean the facilities

    ReplyDelete
  7. aduyaii cantiknya macm kt obersi laa

    ReplyDelete
  8. Cantik, bersih dan selesa betullah tempat ni. Mana-mana tempat perkhemahan yang ada sungai kebanyakannya laluan agak mencabar.

    ReplyDelete
  9. Masya Allah canti...saya suka tempat cenggini.Dskat dengan alam semulajadi

    ReplyDelete