Sunday 24 September 2023

Angah ~ Solat Hajat PSRA

Siang ambil report card, malamnya sekali lagi ke SRAI untuk majlis Solat Hajat PSRA pula. 
Alhamdulillah kali ni Walid dapat join. Tahun lepas Solat Hajat UPKK Walid outstation. Jadi kami terpaksa tumpang Cik Lia

Slot motivasi disampaikan oleh Ust. Sulaiman, mantan guru SRAI. Pengisian Ustaz tentang ciri-ciri orang berjaya seperti yang digariskan dalam Surah Al Mukminun ayat 1-11. Ada 6 ciri orang yang berjaya, dengan  2 daripadanya berkisar tentang solat iaitu; 

1. Kusyuk dalam solat (ayat 2)
2. Memelihara solat (ayat 9)

Kesimpulannya yang Ustaz beri, kata kunci untuk jadi orang berjaya ialah solat. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang kusyuk dalam solat dan memelihara solat 🤲 Termasuk dalam memelihara solat ialah solat di awal waktu. 

Lepas solat Isyak, selesailah majlis. 

Balik rumah, kita supper dengan kuih dan bihun goreng yang disediakan oleh pihak sekolah. 

Mudah-mudahan Angah dan semua kawan-kawannya dapat mumtaz PSRA 🤲

Gred PSRA dan gred subjek di bawah JAIS...

Pengiraan gred PSRA ; 

Angah mumtaz! 

9 comments:

  1. insya'Allah...ameen..sama2 kita jaga solat..

    ReplyDelete
  2. Aminnn....semoga anak- anak ini diterangkan hatinya..

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah terangkan hati-hati anak-anak ni seperti tetangnya cahaya matahari

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah terangkan hati-hati anak-anak ni seperti tetangnya cahaya matahari

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya terus berjaya..aamiin

    ReplyDelete
  6. tahniah angah!! semoga dipermudahkan PSRA kelak

    ReplyDelete
  7. Aamiin semoga kita semua bisa benar2 khusyuk dlm solatnya dan memelihara sholat ya kak. Susah untuk bisa benar2 khusyuk tuh

    Congrats angah 🎉🎉. Baguus grade nya 👍👍. Semoga bisa maintain nilai yang cemerlang di bulan2 berikutnya yaa

    ReplyDelete
  8. Moga semua dipermudah. Teringat Dania ambik exam PSRA + UPSR time tu.

    ReplyDelete