Sunday 10 September 2023

Buah Pulasan

Buah pulasan buah rambutan
Sama manis sama lekang
Harta dunia jadi rebutan
Nafsu serakah tidak dikekang

Jiran open order buah pulasan, freshly picked. Sekilo RM6, Ummi beli 2 kg. Alhamdulillah isinya tebal, manis dan lekang. Buahnya pun memang segar, ada yang masih kehijauan. 

Alhamdulillah anak-anak suka buah ni. Bolehlah Ummi beli lagi kalau jiran tu open order lagi. Setakat Ummi tengok status WA dia petang semalam dah 44kg terjual. Hangat sambutannya 👍

Ini pula pisang awak di luar pagar haha...
Walid balik kerja nampak ada pisang disangkut pada pagar. 

Ummi ingat pisang emas tapi pemberinya, Acik Minah cakap ini pisang awak. Dah selamat jadi cekodok :) Anak² kurang gemar pisang goreng tapi kalau cekodok depa suka jadi Ummi buatlah ikut kesukaan depa. 

11 comments:

  1. Sedapnya pulasan. Dapat tebal dan lekang memang berbaloi. Kadang beli tak lekang isi. Pisang awak sedap goreng. LM suka

    ReplyDelete
  2. Buah pulasan ni susah nak jumpa yang lekang. Sy suka pulasan sebab rasa manis madu dia tu. Dulu² masa sekolah, kami pernah bergaduh² pasal jenis² pisang ni, hihi.

    ReplyDelete
  3. perghhhh lama nya x makan pulasan...!! kalau manis lagi ar bertambah terliur plak kita heeehe

    ReplyDelete
  4. lamanya tak makan pulasan,susah nak jumpa orang jual

    ReplyDelete
  5. Kalau pisang emas tak duduk luar pagau…dia dibawa belayar

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan pulasan. Dulu masa kecik2 selalu tersilap panggil buah rambutan sebab lebih kurang sama je cuma takde rambut hehe.

    ReplyDelete
  7. Ada beli buah pulasan masa dalam perjalanan balik dari kenduri SA

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak makan pulasan. Dahulu di kampung ada beberapa batang pokok ni belakang rumah arwah datuk.

    ReplyDelete
  9. Waaaaah rare tuh kapulasan 😍😍😍. Di sinipun susaaaah cari buah itu kak. Kalo di kampung saya di Sibolga masih bisa ketemu kalo musim . Tapi jakarta jangan harap 😅. Saya tak suka rambutan, tapi kapulasan sukaaa. Padahal mirip kan. 😁

    ReplyDelete