Monday 18 September 2023

Sedapnya Lawar Terung Bersantan

Lamanya dah berjanji nak share resepi ni. Tapi, sebab belum repeat, tergantung sepi resepinya 🤭

Bukan tak beli terung, tapi asyik terlupa nak buat Lawar Terung Bersantan ni. Sebelum ni Ummi pernah buat, Lawar Terung cuma resepinya berbeza. Untuk versi terbaru ni, Ummi letak resepi "Lawar Terung Bersantan". Senang nak ingat w/pun keduanya letak santan juga :D Pertama kali makan versi terbaru ni raya kedua hari tu, airtangan Uda. 

Versi baru ni letak ikan kukus dan limau kasturi. Uda ambil resepi SINI. Ummi pula ambil resepi dari Kak Wan (Citarasa Resepi Wan). Sebab dok tunggu Maklong share link resepi Uda guna tu lambat sangat, Ummi godek-godek la cari resepi. Resepi Kak Wan tu hampir sama dengan resepi Uda guna tu. Oklah... 

Cara Menyediakan Lawar Terung Bersantan 

1. Bakar terung hingga masak (lembut, kulit bertukar kehitaman) - Ummi bakar atas pan dengan api sederhana dan tutup pan. Cepat masak terung tu.

Nampak je macam terbakar, tapi sedang elok sebenarnya terung ni :) 

2. Kukus/rebus/bakar ikan selayang/pelaling/kembung dan ambil isinya sahaja. Siat kasar² baru sedap, rasalah isi ikan tu bila makan nanti 

3. Masukkan santan, sedikit serbuk lada hitam, garam dan gula secukupnya ke dalam kuali/periuk kecil dan masak sebentar di atas api kecil. Masak sekadar santan tu panas saja, tak perlu mendidih. Kacau juga agar garam dan gula larut. Tutup api. 

4. Ambil pinggan, susun terung tadi dan tuangkan kuah santan di atasnya. Boleh guna santan segar atau santan kotak. 

5. Taburkan hirisan cili padi, bawang merah dan ikan tadi ke atas terung. 

6. Perahkan limau kasturi sebagai pelengkap rasa. Siap!

Yang bold tu bahan-bahannya. Bahan sedia ada di dapur, beli terung je.

Untuk resepi lengkap, boleh klik link² yang diberi. 

Selamat mencuba 🤗

9 comments:

  1. Nampak sedap. Tak pernah try lagi menu ni

    ReplyDelete
  2. Sedap...SA suka..Mak Pah pandai buat ni...SA pernah belajar buat ngan Mak Pah..jadi tu memang jadi cumanya x sama rasanya..sudahnya kalau mak pah sihat je baru buat..hehehe...apesal SA x teringat nak buat masa buah terung banyak kat pokok hari tu erk

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba resepi terung lawar ni, viral jugak ni, memang patut dicuba oleh para influencer, hihi. Nak terpengaruh jugaklah.

    ReplyDelete
  4. Seingatnya ini pertama kali saya tau hidangan nama Lawar Terung. Terung digandingkan bersama ikan. Menarik ni PH.

    ReplyDelete
  5. wah..1st time dgr menu ni..mcm sedap. leh try nanti.. tq share resepinya..

    ReplyDelete
  6. Pasti harum wangi masa terung dibakar kan...saya suka terung.Masak apa pun sedap

    ReplyDelete
  7. Pasti sedap.... saya save resepnya

    salam perkenalan
    ijin saya follow blognya ^_^

    ReplyDelete
  8. Sama macam Kak Ujie, first time tau hidangan lawar terung ni. Makan dgn nasi putih mcm tu je ke?

    ReplyDelete