Monday 25 September 2023

Nasi Kerabu in da House ๐Ÿ’™

Alhamdulillah, berjaya juga Ummi masak nasi kerabu :) 

Nasi kerabukan banyak pengiringnya; sambal lada, tumis budu, sambal nyior, keropok ikan dll. Itu yang tak berapa nak rajin tu... kena betul² teringin baru kerajinan tu datang haha... 

Selain memenuhi keinginan, sayang sebenarnya tengok bunga telang yang kerap berbunga tu tak dipetik. Jadi, jom la kita masuk dapur... 

Sebelum tu, Ummi ucapkan berbanyak terima kasih banyak kepada EMPUNYA RESEPI . Memang mudah cara yang diajarkan oleh beliau. Semoga beroleh kenaikan dunia dan akhirat buat beliau. 

1. Nasi Biru

Masukkan beras, serai, daun limau purut dan bunga telang beserta air rendaman bunga telang ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa. 

2. Sambal Nyior @ Sambal Kelapa

Bahan-Bahan:
1 biji kelapa parut
6 ekor ikan selayang
2 batang serai
7 biji bawang merah kecil
2 keping hirisan halia
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Penyediaan: 
1. Goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak menggunakan api sederhana sehingga kelapa parut menjadi perang.
2. Rebus ikan selayang dengan asam keping dan garam secukup rasa. Ambil isi ikan. 
3. Goreng atau sangai ikan sehingga kering dalam kuali tanpa minyak. Ketepikan.
4. Hiris nipis serai, kemudian tumbuk bersama bawang merah, halia dan sedikit lada hitam.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi, tumbuk lumat. Keluarkan dari lesung.
6. Tumbuk kelapa yang digoreng tadi.
7. Campurkan ikan, kelapa yang ditumbuk, garam dan gula. Gaul sehingga sebati.

3. Tumis Budu


Bahan-Bahan:
2 batang serai (1 diketuk dan 1 dikisar)
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan halia
10 tangkai cili kering
2 sudu besar gula melaka 
5 sudu besar budu 
Santan
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk aji - tak letak 

Cara Penyediaan:
1. Kisar serai, bawang merah kecil, bawang putih, hirisan halia, cili kering dan gula melaka.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, tambah 2 sudu besar minyak masak. Masukkan juga serai yang diketuk. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan santan, asam keping dan budu. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan serbuk aji secukup rasa (jika guna). Sesuaikan rasa dan tutup api. Siap! 


Tumis Budu dan Sambal Nyior ni Ummi buat awal beberapa hari. Simpan dalam freezer dan bila nak makan nasi kerabu tu baru Ummi panaskan, dengan cara kukus. Kalau panaskan atas api kuali takut rasanya berubah. 

Sambal Lada ni pun hasil frozen juga :) Sambal Nasi Kukus Ayam Berempah. Ummi simpan dan keluarkan bila perlu. 

Nasi dah masak! 
Tak pekat sangat birunya sebab bunga bukan sekuntum...eh silap, bunga beberapa kuntum saja :p


Nampak Ummi masak Nasi Biru, Maksu pun teringin haha... 

Lepas ni Ummi pun nak kutip dan simpan bunga² telang ni. Boleh guna bila diperlukan. 

4. Ulam-ulaman 

Lupa kacang panjang! 

5. Ikan Rebus Goreng, Telur Masin dan Keropok Ikan 

Ikan ni Ummi rebus bersama garam dan asam keping hingga kering air. Simpan semalaman dan esoknya masa nak makan baru digoreng. 

Dan lauk utamanya ayam bakar... 


Seperti biasa, dah masak special sebegini marilah kita makan bersama Abang di asrama :) 


Kalau ada solok lada lagi sedappp kan? 



12 comments:

  1. wah...sedap tu. teringin nak buat tapi belum sampai kegigihan & kerajinan nya tu...

    ReplyDelete
  2. tahniah PH puas hati dpt masak sendiri walaupun bahan nasi kerabu ni banyakkk!! hehehehe

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, orang terpaling rajin jer boleh buat nasi kerabu sendiri kat rumah ni, PH.

    ReplyDelete
  4. Wah…tahniah PH ๐Ÿ‘๐Ÿฝ
    Memang tak rajin nak memasak sendiri jenis banyak aksesori ni. Tapi kalau berjaya buat, memang sangat puas hati.

    ReplyDelete
  5. tengok tajuk ingatkan PH beli rupanya masak sendiri...kagumnya saya

    ReplyDelete
  6. rajinnya buat nasi kerabu. berbulan dah LM tak buat.terliur tengok

    ReplyDelete
  7. Ya Allah rajinnya PH masak nasi kerabu. Ini mesti anak-anakpun satu galakan untuk buat.

    ReplyDelete
  8. Ya ampuuun nasi fav saya kerabu nih. Pernah makan dulu.tertarik karena warnanya biru. Ternyata sedaap. Apalagi lauk2 yang menyertai ❤️๐Ÿ‘๐Ÿ‘.

    Tapi kalau bikin sendiri, rasanya tak larat pula kak hahahha๐Ÿคฃ. Banyak stepnya yaa ๐Ÿ˜….. berarti bunga telangnya harus banyak supaya birunya jelas terlihat yaa

    ReplyDelete
  9. kita ore klate tk pernh lg buat nasi kerabu smua sdiri..biasa tlg2 mak or makmertua je part potong ulam hehe

    ReplyDelete
  10. Suka juga nasi kerabu tapi saya makan tanpa kelapa tu. Suka makan dengan daging goreng.

    ReplyDelete