Sunday 17 September 2023

MemBUAHkan Hasil ๐Ÿคฒ

Alhamdulillah, hujan yang kerap kebelakangan ni menyuburkan tanam-tanaman. Pokok-pokok Ummi pun masing-masing berbunga dan berputik, alhamdulillah. 

Dua bijik je!
Jadilah, untuk hasil yang pertama. 
Ini bukan bunga sulung, yang sulung tu buah tak lekat. Yang ni Ummi baru perasan bunganya bila dah hampir keluar putik buah. Dua biji ni bolehlah potong² halus, letak dalam sambal belacan kan... 

Betik yang Ummi togelkan daunnya dulu mula berputik semula. Harapnya kali ni menjadi buahnya, membesar dengan sihat ๐Ÿคฒ Moga dapat berkongsi rezeki dengan jiran-jiran lagi, macam pokok sebelahnya. Pokok tu pun dah mula berbunga semula, alhamdulillah..

Beberapa kuntum bunga dan putik buah durian belanda. Mudah-mudahan kali ni ada rezeki menikmati buahnya. 

Belum sempat balut. Hujung minggu nanti bolehlah minta Walid tolong balutkan. Baru perasan, kalau tak suruh Abang je.

Merata-rata dah tumbuhnya dan Ummi pun dah tak terkutip bunganya. Sama juga dengan terung pipit, berbuah tak berhenti² alhamdulillah. Itu hari ada seorang wanita ni, nak hantar anak ke sekolah. Dia tegur Ummi, nampak berminat  dengan terung pipit ummi tu... Ummi offer pada dia, dia nak. Ummi selitkan sekali beberapa kuntum bunga telang. Suka dia :) Sedangkan Ummi lagi gembira sebenarnya. Sayang tengok buah/bunga ni tak dipetik. Bila ada orang sudi ambil, seronok! 

Rasa nak buat nasi kerabu la pulak ๐Ÿ˜…

15 comments:

  1. Wahhh.. kita yang tengok gambar aje ni pun seronok la PH tengok hasil berbudi PH kepada tanah.

    ReplyDelete
  2. SA sekaang memang suka tengok bab2 tanaman..walaupun pokok bunga rose SA indah khabar dari rupa tu..satu dah gugur semua daunnya..SA sedang rawat, harap2 tak mati la dia..Pak Zain dh cakap tu la abah dah suruh tnam sayur je..x payah tanam bunga..kan dah x hidup..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA kena menuntut ilmu dgn Pak Zain tu hehe ...

      Delete
  3. Wahhhh banyaknya hasil. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit² je Ezna, tapi adalah hasilnya hikhik...

      Delete
  4. wahhh durian belanda! susah skrg nk jumpa pokok durian belanda.. elok boleh buat ubat.

    ReplyDelete
  5. Nak kena lalu depan umah PH jugak ni...hihihi

    ReplyDelete
  6. lawanya bunga telang. LM teringin nak tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat nak tanam pokok telang ni LM, semai benih je. Insha Allah mudah hidup

      Delete
  7. Dapat rasa perasaan PH bila tanaman dah membuahkan hasil.. Rasa gembira, puas hati semua ada.. Saya pun suka bila cuaca hujan, pokok semua sihat dan mula berbunga.. happy betul!

    ReplyDelete
  8. seronoknya bila yg ditanam dah mendatangkan hasil....alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    Semoga berhasil sehingga dapat panen

    ReplyDelete
  10. Bestnya tengok tanaman org lain hidup subur berbuah lebat je. Kalau sendiri tanam... hmmm ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete