Sunday 24 September 2023

Early Dinner @ Chan Rak Ter, Gombak


Lepas ambil Angah dari Perkampungan Ilmu PSRA, singgahlah di Chan Rak Ter sebelah Bai Kapraw tu. Ingat nak minum petang, tapi ter-order heavy food la pulak ๐Ÿคญ
 
Ummi teringin nak makan bihun goreng. 
Kakak pula order Mee Tomyam, kongsi dengan Walid. 

Dah order tu, nampak ada pulut ayam Thai la pulak ๐Ÿ˜… Takpe, lain kali boleh try...
 
Pilihan Angah dan Adik. 
Depa order sorang satu...
Angah tu seharian di sekolah, memang nampaklah dia penat... dan laparrr haha...
Sekolah sediakan makan minum semua tapi macam Ummi gak la, kalau penat dapat makan, licinnn la pinggan ๐Ÿ˜†

 Kerang Rebus (RM12)
Alhamdulillah sedap kerangnya, jenis kecil kesukaan Ummi. Aroma serai, halia dan daun limau purut menggoda selera. Sos pencicah tu pun sedap. 

Adik nak Bingsoo Oreo (RM12). Disertakan sekali segelas kecil susu pekat. Memang kami tak bagilah tambah susu sebab Oreo tu pun dah manis, aiskrim pun dah maniskan... Risau sekarang muda² pun ramai dah kena potong kaki huhu... 


Mangga Shake (RM7). 
Sedap, tak manis sangat. 


Alhamdulillah makanan dan minuman semuanya sedap. Harganya standard. 
Kedai bersih, service pun cepat. Staff pun ๐Ÿ‘

Chan Rak Ter Thai Seafood & Western 
Lot 2779-5 Gerai Jalan Gombak
 Batu 8 Kampung Sungai Chinchin
Gombak 
53100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 3 ptg - 11.30 mlm

16 comments:

  1. Ya allah PH...sedapnya plak nampak kerang rebus tu..kat area seremban payah la nak dpaat yang segar mcma ni...kalau ada pun maybe dah bau dan isi tak fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la SA, rezeki kali ni dapat kerang cantik macam ni... berbaloi alhamdulillah

      Delete
  2. Chan Rak Ter tu kalau translate dalam Bahasa Melayu..I love you๐Ÿ˜.Kalau di englishkan jadi Saya Cinta Awak..๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ya ka? Patut familiar perkataan ni kan... besa dengaq la hihi

      Delete
  3. Geli hati baca komen mamacella. Itu rupanya maksudnya ๐Ÿ˜„

    Seram tengok susu pekat banyak gitu. Memang kena didik anak pasal bahaya makan manis-manis sangat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sy pun tak tau maksudnya tu hehe...
      Iye PU, kena ingatkan selalu, nak makan minum boleh tapi berpada-pada :)

      Delete
  4. Singgah sini, nampak kerang rebus buat perut lapar...๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semua makanan nampak sedap. Fresh tak kerang rebus tu?

    ReplyDelete
  6. nama kedai nya.. thai sgt..
    uishh..susu pekat tu, scary sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...
      Rasa sayang pulak diorg bagi susu pekat tu sebanyak tu utk satu set Bingsoo tu

      Delete
  7. sedapnya kerang rebus... lama dh x mkn kerang... x suka kerang yg besar² kt sini... kerang bela x sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu dapat gak yg tak elok, tapi alhamdulillah kali ni rezeki dapat kerang cantik gini :)

      Delete
  8. Saya sukaaa kerang dara tuh kak ๐Ÿ‘. Krn dagingnya lebih berasa daripada kerang kelapa. Cangkang saja besar kalo kerang kelapa ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.

    Memang best kalo saus pencicahnya juga sedap ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  9. Terliur tengok bihun goreng, mee dan kerang. Tak makan lagi ni....hehe

    ReplyDelete