Seronok betullah bila bangun tidur tak payah fikir nak masak apa, makan apa :D Sebabnya breakfast provided (complimentary), manakala lunch & dinner Tok Tam dah tempah makanan dengan caterer resort ni.
T-shirt untuk program hari ni ...
Awal pagi tu semua berkeliaran di sekitar resort. First thing kami buat of course ke sungai!
Jangan terkejut nampak owl di seberang sana, itu pun resort gak :D
Lepas sarapan nanti ada telematch, tak leh basah-basah lagi.
Lepas tu depa ajak Makngah naik bukit pulak. Layannnn!
View dari atas bukit. Tak sia-sia Ummi gagahkan diri ikut depa, pemandangan atas ni lawa. Berbaloi untuk didaki.
Tedia... Curam!
Naik tadi dah satu hal, nak turun pun kaki kena kuat gak, takut tertomoih ke depan 😆
Lepas main semua bergerak ke sungai... Geng Dapur goreng nugget dan buat sandwich untuk makan di tepi sungai.
Momen paling best rasanya kat sungai ni la... Hampir semua turun dalam sungai; kecik besar tua muda... Momen yang paling manis untuk dikenang.
Tok Tam dan Pakngah Syahir buat kolam kecil untuk anak cucu mandi. Sungai ni berbatu, budak² susah nak mandi. Jadi batu² kecil tu dialihkan dan disusun umpama kolam kecil. Lebih selamat untuk budak². Air sungai walaupun cetek tapi arusnya agak deras.
Lepas mandi sungai, pakat mandi pool pulak!
Lunchtime!
Naik dari sungai semua lepak dekat tempat makan. Sejuk² mesti perut berbunyi kan... Nampak je caterer datang, pakat serbu 😆
Kari Ikan Bawal dan sardin airtangan Tok Tam Rah. Kari tu marvelous! I wish I had a cooking skill like her. Campak-campak pun sedappp! Masak pun lajuuuuu... Kita baru terkedek-kedek nak potong ikan, dia dah ready tumis rempah bagai... Mana ikan mana ikan? Haha...
Sebelah petang kitorang masuk dapur lagi... Ummi, Maksu, Cik Nora, Maklong Fyda & Maklong Syima geng dapur but the MasterChef of course Tok Tam Rah.
Tengah sedap melayan cempedak goreng, Maksu Dina dan Paksu Arshad sampai. Depa bawa durian Batu Kurau!
Masa ni kitorang dok borak around the campfire. Best la... Kawasan pun luas, anak2 bebas berlari sana sini. Kawasannya pun selamat. Takdelah nak kena kepung 24 jam.
It's dinner time...
Lepas dinner ni ada acara lagi. Tapi Ummi hold dulu. Panjang sangat story :)
The night ended with fireworks and firecrackers for kids and gossiping for the ladies :p
Wow... Ada durian juga... best nye..👍
ReplyDeleteMemang best sangat hehe ...
DeleteWah…meriah ramai dapat berkumpul dan meriah jugak makanannya! Bagus dah tempah siap-siap makanan, tak sibuk nak memasak. Boleh lebihkan masa untuk aktiviti khusus.
ReplyDeleteItu yg geng mak-mak happy puan. Kalau tak asyik di dapur saja kerjanya, tak sempat enjoy aktiviti yg ada. Setakat buat air, goreng² tu ok je.
DeleteRamainya ahli keluarga
ReplyDeletebest nya,,,meriah. menu pun semua nampak best!!!
ReplyDeleteNampak tempat ni macam familar je. Kat Hulu Langat ye?. Qowiy kan....best tu ada sungai jugak...
ReplyDeleteSalut, ada acara games dan fireworks pula ❤️👍👍👍.
ReplyDeleteTempat pun cantik, ada sungai. Confirm anak-anak pasti happy dan puas, main air di sana ☺️👍. Makanan semua keliatan enak kak. Tapi memang benar, seperti apapun rasanya, akan paling best jika dimakan sekeluarga