Wednesday 19 January 2022

Maze Park @ TT5, Tg Tualang, Perak

Walaupun TT5 tu sangat menarik untuk dilawati, tapi mungkin tak sesuai untuk bawa babies/toddlers. Selain safety reason (tiada pagar keselamatan),  keadaan atas kapal korek tu panas, takde kipas angin apatah lagi penghawa dingin :D Kena pula pakai safety helmet tu kan ... 

Jadi, Ummi cadangkan bawa saja anak2 ke Maze Park bersebelahan TT5 ni... Kalau tak nak masuk TT5 dan nak ke Maze Park saja pun boleh. 


Maze Park atau Taman Sesat ni memang menyesatkan! 

Yang kat luar ni ok, tak sesat (Insha Allah) sebab pokok kenek-kenek je. Boleh nampak kepala lagi haha ... 

The whole park... Heart shaped! 

Ini bahagian luar... Banyak spots and  props yang Instagram-able dalam ni... 

Lawa! 

Rasa macam dekat overseas pun iye :D 

Kambing jinak-jinak pun ada hihi ... Rabbit pun ada dalam Bunny Maze tapi semua tengah berehat/tidur.. Panas terik time ni..  

Sekarang kita tengok apa ada kat dalam tu ...

Stone Maze... 
Lawa sangat!
Batu tinggi memang tak nampak bahagian luar. Sesat kami dalam ni adoi... 

Jumpa post boxes pelbagai negara .. 

Pusing-pusing jumpa tempat ala-ala enchanted garden giteww...

Batu-batu hasil bumi... Ada kuarza, bijih besi, granit dsbnya .. emas depa tak pamerkan pula :p 
  
Jumpa terowong... Cuak juga nak masuk sebab budak-budak group depan kami tu kejap-kejap "ular... siput... ulat gonggok..." semua depa sebut, bergurau sesama sendiri je tapi kita pula yang cuak sebab dalam tu gelap, dek rimbunan pokok-pokok. 

Akhirnya nampak cahaya di hujung terowong ahaks

At Recycle Maze..

Teringat Pua Chu Kang...tiber 😂😂😂

Lastly, Muraya Maze ... Kakak lead, sesatlah, apa lagi 😂 Masa ni dalam pukul 12 kot, tengah panas terik. Boleh pulak sesat huhu ... 

Bila dah keluar dari sini, haruslah haus kan ... 

The Can Tin ni depan tadi... Singgah beli aiskrim dan Coke... 

Sebelum balik, bagi makan ikan dulu. . 

 Lawa sangat view 😍

Kalau tak kerana janji dengan Kak Ah, boleh berlama-lama di sini. Tempat ni dibuka jam 9 pagi hingga 6 petang. Bolehlah plan dulu waktu yang sesuai untuk datang. Kami hari tu main terjah je :) Apapun, sangat seronok berada di sini. Maze Park ni terjaga, bersih dan cantik serta ada pelbagai tarikan yang mengujakan. Sesuai untuk seisi keluarga. 





11 comments:

  1. Ah, tu kalau sorang2 tak jumpa jalan keluar, mahu nangis saya.

    ReplyDelete
  2. cantik juga tmpt tu...tp cuacxa skarang tgh panasss tp bila bergmbr cahaya tgh panas ni cantik tp tula kena bertabah menahan mentari hehe

    ReplyDelete
  3. tayang emas... tak sampai sehari..ghaib

    ReplyDelete
  4. nice ek. ada tarikan kalau nak ke sana. bagus sangat ni bawak anak2 bercuti. kita anak2 dah besar panjang. dah pandai sendiri kalau nak jenjalan.

    ReplyDelete
  5. cantik viewnya.. haa yg ni boleh bawak askar6.. selalu buat maze dalam buku, bagi merasa 3D maze pulak. hihi..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah cantik. Pergi juga taman sesat di Wanaka,NZ. Sekarang ada di Malaysia bolehlah pergi.

    ReplyDelete
  7. Menarik dan cantik tempatnya.
    Jangan tengah sesat tu la rasa nak ke tandas, udah ler 😅

    ReplyDelete
  8. menariknya PH, kak ana pernah ke sini beberapa tahun lalu tapi tak ada lagi maze park ni, nanti boleh lah singgah kalau balik perak, in shaa allah, thanks for sharing..

    ReplyDelete
  9. Menariknya tempat ni...
    Kasut kuning tu sampai hilang dah nama sebenarnya....🤣

    ReplyDelete
  10. Serius cantik..dah la byk jenis maze ni.. harus la pergi..hehe

    ReplyDelete
  11. suka tgok aktiviti mcm ni ..seronok spend time ngan family

    ReplyDelete