Dari Southern Legion, kami singgah di Petronas Minlon untuk bersihkan diri dan solat Zohor. Kalau main paintball ni kena bawa baju salin, dia punya berpeluh takleh bawa bincang :p
Selesai khidmat diri dan solat baru selesa nak teruskan perjalanan. Anak4 pun sedap je lena... Sampai di Ampang, mula cari destinasi untuk makan. Sebelum Walid suggest beli nasi kukus ayam berempah, baik Ummi cari kedai makan dulu 😅
Akhirnya kami singgah di Langgaq Bihun Sup Utara yang terletak di Keramat. Dari MRR2, menghala ke Texas Instruments nampak Petronas sebelah kanan, masuk situ. Lagi satu landmark ialah restoran ni berhadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Kalau 'nak Waze', tulis Langqaq Keramat. Kalau tak dibawanya kita ke Langgaq Melawati macam kami hari tu. Lebih menyedihkan, kedai tu dah tak wujud, dah pindah. Entah-entah pindah ke Keramat ni...
Ada pelbagai menu signature negeri Kedah seperti laksa, bihun sup, nasi kuning dsbnya...
Pilihan kami;
RM8.00
Mee goreng ni memang sedap bagi Ummi. Mee goreng style Kedah kot, yang mana rencahnya ialah daging... Banyak ketoi pulak tu depa bubuh... Susah nak dapat ni di kota metropolitan KL :D Highly recommended.
RM8.00
Bihun ni pun sangat sedap. Sebijik macam makan di Kedah. Eh?
RM7.00
Orang Kedah makan cucur udang dengan kuah kacang. Selain tu ada tauhu (kami panggil tokua :D), telur rebus, sengkuang dan timun. Set ni biasa-biasa je bagi Ummi. Bolehlah nak try...
RM8.00
Mee Sup ni pun biasa-biasa je bagi Ummi. Mungkin sebab Bihun Sup tu sedap sangat jadi Mee ni rasa biasa-biasa je. Mee Sup ni regukan dengan sambal kicap, pedas-pedas sikit baru umph...
Nasik mana nasik??? Haha ...
Ada ni...
Hero2 tu nak nasik jugak...
RM8.00
RM11
Bagi Ummi, nasi dan lauk-pauk ni biasa-biasa juga... Kalau nasi atau lauk-pauk tu panas-panas mungkin lagi sedap kot. Ialah, kami sampai pun dah hampir pukul 4, nasi dah sejuk 🤭 Kedai beroperasi dari jam 1200-2230 setiap hari. Tutup sekejap 10 minit sebelum Maghrib tak silap Ummi.
Sengaja Ummi letak harganya di sini supaya tak terkejut :p Hari tu Uncle Apit cakap harganya 'boleh tahan'... Betoi la tu.
Kedai agak sempit w/pun berada di corner lot. Food station banyak jadi agak crowded. Nak lebih selesa, makan di bahagian luar...
Sebelah sini juga ada kedai runcit dan kedai churros; Churrosic.
Dah kedainya sebelah je meja kami, apa salahnya kita order satu set. Sedap! Jangan lupa order kalau mai sini...
Alhamdulillah, Langgaq is ✅ :)
Langgaq Bihun Sup Utara
1-27 Jalan AU2A/17
Taman Keramat
54200 Kuala Lumpur
Terubat rindu ya menu dari Kedah.
ReplyDeleteChurros itu nampak kurus, hehe.
Alhamdulillah, kenalah dengan tekak kita :D
Deletesedapnya nmpk bihun sup tu..
ReplyDeleteSedap alhamdulillah...
DeleteBihun sup uata memang sedap. Saya suka.
ReplyDeleteOh, Kak Amie pun suka?
DeleteKalau datang KL, habaq mai... kita pi pekena bihun sup ni :D
nampak sedap2 semuanya
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Meriah betul Bihun Sup Daging tu.
ReplyDeleteRasa pernah makan di cawangan Ampang dulu. Lama dah. Makan di bahagian luar, memang syok
Sy pernah makan di cawangan Langgaq dekat dengan Ampang, tak tahu wujud lagi ke tak cawangan tu, hihi.
ReplyDeleteIngatkan kat Langgaq pokok sena haha, sedap nampak bihun sup tu, nasik daging pun menyelerakan, churros lagi la, teringin jugak.
ReplyDeleteSaya baru pindah ke utara, baru nak belajar makanan utara.
ReplyDeleteSuka bihun sup utara tu, bihunnya warna kuning ceria sikit nak makan..hehe. Tapi belum boleh terima makan letak sambal merah tu. Pelan-pelan belajar.
ya allah ...dh la lunch makan soto je td..tgok entry ni lapar terus perut...
ReplyDeleteblkng umh je...mmg suka mee goreng daging tu..dgn bihun sup utara..nasi ganja kecik2 suka gk...tp tula rege bole tahan kan
ReplyDeleteRindu bihun sup utara. Dulu dok Penang puas makan :)
ReplyDelete