Sunday, 23 January 2022

Pengalaman Jual Kereta di Carsome

23.1 genap 2 bulan KING bertukar tuan. Ada masa nanti Ummi buat coretan khas untuk King. 

Kali ni nak share experience kami berurusan dengan Carsome, platform jual-beli kereta yang makin menjadi pilihan ramai. Mudah, cepat dan trusted. 

Kronologi urusan penjualan King di Carsome...

20/1 King diperiksa oleh wakil Carsome. Janji temu kami  di Auto Dunia seperti diaturkan oleh Raj, car salesman yang banyak membantu kami dalam urusan ni. Raj contact 3 platform jual-beli kereta tapi Carsome paling awal bagi feedback dan set appointment untuk inspection. Estimated price dia bagi pun lebih tinggi. 

Pemeriksaan sangat teliti; luar, dalam, tepi, tengah, atas, bawah setiap inci kereta diperiksa. Untuk proses inspection ni kena bawa geran dan spare key sekali, depa nak tengok. Sepanjang proses ni, kami hanya menunggu dalam showroom, tiada langsung interaksi dengan staf Carsome tu. Biar dia buat kerja dia tanpa diganggu dan dipengarauhi oleh mana-mana pihak :p
 
Selain body & engine inspection, brother ni test drive King juga. Dah setel, dia returned key to Raj. Kami ambil kereta dan balik rumah. That's all.  

21/11 Dapat mesej dari Raj, katanya dah ada pembeli King, dengan harga bidaan slightly below our estimated price. Ikutkan the following day kami kena serahkan King tapi sebab Walid kena apply leave dulu jadi a day after that baru Walid, as the owner ke pejabat Carsome Selayang. 

23/11 Sedih betul Ummi hari ni :( Sayang dengan King ni tapi itulah hukum alam, kita tak mampu untuk memiliki semuanya. Adakalanya kita perlu melepaskan sesuatu yang baik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Chewah! 

Luar dalam kasi cantik, bersih .. Biar owner baru nanti puas hati dan dapat jaga King lebih baik dari kami ๐Ÿ˜˜ Walid jenis yang rajin jaga kereta dia, sampaikan Raj cakap "I tengok kereta you, I tau u jenis jaga kereta punya..." Nak dapat sebiji pun bukan senang, kenalah jaga sebaiknya kan? 

Si Little Joe Biru & Hijau tu souvenir untuk owner baru :D 

Keadaan luar dan dalam King masih elok cuma dia dah berusia, tahun ni cukup 20 tahun. Walaupun sentiasa service ikut schedule, ada beberapa perkara yang perlu ditukar ganti sesuai dengan usianya tu. Kami tak mampu nak maintain dia sebab bila tukar item A, item B pun minta ditukar juga. High maintenance kata orang :D Nonetheless we never regret having her. 

Urusan di kaunter tak lama, sekitar 15 minit saja, tapi masa masa menunggu tu +-30-40 minit.. Proses tukar beli ni kena thumb print jadi owner kena datang.  Selepas selesai urusan dan serah kunci (serta geran) Walid diberi satu form as a proof yang kereta dah diserahkan dan bayaran akan dibuat oleh Carsome. Bab bayaran, dimaklumkan duit akan dipindahkan ke dalam akaun Walid sebelum pukul 6 ptg hari yang sama. By noon, duit dah masuk. Very efficient ๐Ÿ‘


Esoknya, King dibawa ke selatan. Owner baru orang JB katanya. Kawan-kawan di JB, kalau nampak King, kirim gambar ye ๐Ÿ˜ 

Rindu! 



10 comments:

  1. Kereta sudah berusia ada orang hendak juga. Alhamdulillah dapat dijual dengan lancar. Harap dapat tuan baru yang dapat jaga dengan lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih kuat kereta ni, cuma banyak nak kena tukar ganti NA. Kalau tuan barunya berduit (ganti spare part dsbnya) panjang lagi hayatnya Insha Allah.

      Delete
  2. wahhh... 20 thn.. masih cantik gila... xpe... pasni adalah pengganti yg lebih hensem kn? patah tumbuh hilang berganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami beli dulu 2nd hand Kakmim...
      Alhamdulillah, dah tumbuh :p

      Delete
  3. adik aritu pn jual kete thru carsome juga

    ReplyDelete
  4. mesti sayu je..ye la dah lama bersama.

    ReplyDelete
  5. Boleh percaya kan kereta2 di carsome?

    ReplyDelete