Pagi tadi sambil dok gosok baju, tengok program Dapur Panas kelolaan Chef Naim di TV3. Tetamu jemputan kumpulan Dolla.
Antara menu yang dimasak ialah Paru Masak Hitam, Ikan Bakar Sumbat dan Teh Ais Cincau.
Memandangkan Ummi memang tengah rebus paru, teruslah Ummi cuba resepi yang Chef Naim demo tadi.
Resepi: Paru Masak Hitam
Sumber: Chef Naim
Bahan-bahan
Paru - rebus dan hiris nipis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - ketuk dan cincang
Halia - hiris nipis
Serai - ketuk
Cili hijau - hiris halus
Cili kisar
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Carrot - hiris memanjang (mancis)
Cara-cara
1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng paru hingga garing (kehitaman). Angkat dan ketepikan
2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
3. Masukkan cili hijau
4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
5. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis. Gaul sebati
6. Masukkan paru yang telah digoreng tadi dan carrot. Gaul sebati
7. Bila carrot lembut, matikan api. Siap!
Garam dan gula Ummi tak letak sebab sos tiram dan kicap dah cukup masin dan manisnya.
Nescafe Kopi Kedah ni pula terjumpa semula di Speedmart. Lama tak jumpa ni... Masa beli first time dulu, mula tu rasa tak berapa sedap tapi makan lama makin sedap pulak 😁 Itu yang lama juga dok cari.
Pokok peria katak Ummi rancak berbunga di musim hujan ni...
Buahnya nanti boleh dibuat goreng tepung lagi. انشاء الله
Jom try mkn kat cafe chef naim kt sri gombak ni hehehe..
ReplyDeleteYa Allah, baru tahu ada kafe dia kat sini.
DeleteJom Ako!
Yumms sedapnya dapat kunyah paru garing garing ni
ReplyDeleteNyum..myum hehe
DeleteSaya suka lauk paru. Boleh bayang masak hitam rasa bagaimana.
ReplyDeleteSuka perisa layak goreng rangup.
Yeay, sama :D
DeleteSedapnya nampak paru tu...Cup tu pun cantik.Eh,bestnya ada pokok peria katak..Belah dua buat masak lemak cili api pekat2 pun sedap
ReplyDeleteMenu hari ni Insha Allah, peria masak lemak tu hihi
Deletetengok kopi kedah tu, teringat abah saya, suka betul dia kopi tu haha
ReplyDeleteKopi ni sedap...
Deleteawal2 dulu tak berapa sedap, sbb tak reti bancuh kot hehe
biasa dgr daging masak hitam kan...sesekali mkn paru masak hitam sodap gk..pernah mkn tp husband yg masak
ReplyDeleteSedapnye paru . feveret tu .
ReplyDeleteSedapnya paru, bekas tu cantik ada tulih kedah, special tu.
ReplyDelete