Hari ni 10/1 sibuk, kena bangun lebih awal sebab Kakak dah start sekolah. Tapi, jadi blur pulak nak masak apa untuk Kakak. Last-last goreng telur je. Kakak makan dengan nasi sejuk + kicap. Jadilah untuk alas perut. Nanti pukul 10 ada makanan dari kantin. Hari ni lauk ayam .. dah hafal dah menu dia :)
Selesai urusan sekolah gegirls tu Ummi ziarah arwah Ami. Sebab Walid kerja, takdelah Ummi ke masjid, setakat di rumah keluarganya sahaja.
Al-fatihah.
Rasa kelam kabut sikit hari ni sebab kena adjust balik masa. Lama tak bersesak dan hadap jem. Maklumlah hari tu sekolah bergilir, jadi takde lah sesak sangat.
ReplyDeleteTengok anak-anak sekokah sekarang macam tak bersemangat dah.Covid banyak mengubah kebiasaan
ReplyDelete