Tergoda betul Ummi dengan Nasi Ayam Hujan Tak Panas airtangan Cik Puan SK kita ๐. Sanggup ke kedai dulu beli ayam potong 4 sebelum ambil Adik di sekolah. Ikutkan semalam juga nak masak nasi ayam ni untuk makan malam, tapi sayur lemak kobis Cina lauk tengahari masih berbaki, jadi hold dulu projek nasi ayam...
Makanya hari ni terhasillah Nasi Ayam resepi SK. Terima kasih banyak SK atas perkongsian resepi ni. Moga mengalirkan pahala berpanjangan buatmu sohabat ๐ค
Sumber: Seri Kandi Tanah Jauhar (SK)
Bahan-bahan
Ayam potong 4 - ambil 2 bahagian sahaja
Seketul besar halia dipecahkan
# Ummi tambah sekali kaki ayam untuk dijadikan sup
Masukkan ayam dan halia ke dalam periuk dan masukkan air sehingga ayam tenggelam. Ummi guna Noxxa, HP 20x. Bila beep, angkat dan toskan ayam. SK suruh masukkan ayam dalam bekas berisi air berais untuk hentikan proses memasak, Ummi lupa ๐
Bahan-bahan untuk Perapan Ayam
2 sudu minyak bijan
4 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
2 sudu madu
Kacau sebati semua bahan dan lumur/curah pada ayam. Ketepikan. Ayam ni Ummi goreng kemudiannya.
Bahan-bahan untuk Kicap Nasi Ayam
Baki bahan di atas + satu senduk air rebusan ayam. Gaul sebati.
Bahan-bahan untuk Nasi Ayam
3 pot beras cuci & toskan
4 pot air rebusan ayam - Ummi tambah lagi 1 cawan air
1 kiub pati ayam - Ummi letak 2 ketul
Garam
Rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
Masukkan semuanya ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, campurkan sedikit pewarna kuning. Ummi gaul dengan garfu untuk meratakan warnanya.
Bahan-bahan untuk Sup
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Garam
Masukkan semuanya ke dalam air rebusan ayam tadi. Perisakan secukupnya.
Bahan-bahan untuk Sambal Cili
9 tangkai cili hidup
5 ulas bawang putih
4 s/m gula
Garam
2 senduk air rebusan ayam
2 s/m sudu cuka
Kisar cili + bawang putih. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak hingga mendidih.
# Ummi kurangkan kuantiti cili, jadi kuantiti bahan lain juga dikurangkan.
Hidangkan bersama salad, timun dan tomato. Ummi takde salad, timun dan tomato pun onz :D
Resepi ni memang terbaiklah SK ๐๐๐
Lain kali teringin nasi ayam, Ummi akan guna resepi SK ni lagi, ุงูุดุงุก ุงููู
Untuk dessert, kek coklat moist dari Cik Aida...
Alhamdulillah, kenyang...
fuyyoooo.... puas hati masak snediri dapat makan berulang2 ni haha
ReplyDeletePengaruh rakan blogger sangat ni kak. Untung ada noxxa cepat kerja memasak. Mudah cara masakannya. Boleh cuba masak nasi ayam versi kak SK pulak nanti.
ReplyDeletePasti menyelerakan๐
ReplyDeleteMenarik betul. Kat rumah ni kalau ada menu nasi ayam, memang makan ulang ulang la jawabnya
ReplyDeletelama xmasak nasi ayam...fav juga ni
ReplyDeleteNasi ayam dinaiktaraf jadi hujan tidak panas pula. Hehe.
ReplyDeleteMana SK ni...tak masuk komen lagi ni...
ReplyDeleteNampak menarik pula warna tu...Mau lepas ni jadi viral pulak ni๐คญ
ish.. menggoda betul ni.. kena seru roh rajin untuk mencuba ๐ ๐คญ
ReplyDeleteSedapnya nasi ayam...salah satu menu yang tak pernah menjemukan.
ReplyDeletekalau buat sendiri memang pusa hati.
ReplyDeleteBoleh pakai seekor ayam