Saturday 22 January 2022

Main Paintball di Southern Legion, Kajang

Seharian keluar rumah hari ni ... Teman Walid main paintball di Southern Legion, Kajang dengan Geng SE.  

Mula tu ada archery competition... Competition suka-suka je... Sesi panaskan badan dan suai kenal gitulah ... 

Tak sangka, Abang terpilih sebagai dua peserta terbaik archery :) 2x dia berjaya panah buah limau mandarin tu ... 


Jadinya, dia kena bertanding dengan seorang Uncle ni ... 

Uncle tu menang, tapi dua-dua dapat hadiah; T-shirt Southern Legion. Well done Abang! 

Then depa start main paintball pulak... 

Penat sebab tak cukup korum... Kalau ada 4 team better... 

Abang main dengan orang dewasa. 

Ini last game, Abang masuk je team yang tak cukup ahli. Semua dah penat sebab terpaksa main back to back... 

Angah & adik2 main tembak-tembak... Adalah satu tempat khusus untuk budak-budak... 

Depa kena tembak target yang digantung tu... Seorang dapat 30 peluru, bayar RM10/seorang. Sekejap je habis 30 biji peluru tu, tak puas main kata depa ... 

Tempat ni oklah... Ada surau, tandas... Cuma tandas tu actually bilik air je, no proper toilet. Sebelah atas (zink biru) ada dek. Nak tengok orang main lagi sesuai duduk atas ni... Ada kerusi meja, fan... Selesa jugalah untuk Ummi dan anak3 melepak berjam-jam tunggu depa habis main. 

Adik & Kakak layan YouTube :) 

Minuman ringan pun ada dijual. Selain tu ada juga jual Sagu Gula Melaka (jenama The Sagoo)

Sedap! 

Nasi lemak tak pasti siapa sponsor :

Kalau ada yang berminat, boleh contact team SL ni. Ramah dan mesra staff di sini.  

Alhamdulillah a day well spent.



8 comments:

  1. Hehe jadi penyorak dari atas. Seronok juga tengok orang main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je yang mampu NA...
      Tak kuasa nak berpeluh-peluh hehe

      Delete
  2. Menarik tempat tu..
    Tak pernah main paintball.. kawan Aini kata sakit klau kene kt kulit kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, boleh lebam juga Aini...
      Abang & Walid kena juga semalam hehe

      Delete
  3. Jadi penyorak pom pom mesti memeriahkan..tahniah Abang. Sedap sagu gula melaka tu, suka beriadah di luar macam ni.

    ReplyDelete
  4. well spent satu family kan...seronok...main tembak2

    ReplyDelete
  5. Macam macam aktiviti ada. Tak pernah lagi main paintball. Best jugak ada jual makanan kat situ. Dah penat makan :)

    ReplyDelete

  6. ASSALAMMUALAIKUM..
    TQVM FOR COMING PUAN N FAMILY.. KAMI SERONOK MELAYAN SEMUA YANG DATANG DAN MENGALUKAN KEDATANGAN SEMUA KE PARK PAINTBALL SOUTHERNLEGION, TQ REVIEW YANG MENARIK.

    UNTUK TOILET YANG BERDEKATAN DI PADANG BETUL HANYA UNTUK MANDI, TUKAR PAKAIAN DAN MEMBUANG AIR KECIL SAHAJA, KAMI ADA SEDIAKAN 1 LAGI TOLIET LEBIH PROPER DI BAHAGIAN BELAKANG PADANG, LEBIH SELESA, PROPER DAN BESAR,
    KAMI ADA MAKLUMKAN AWAL MASA PESERTA DATANG PADA HARI TERSEBUT.

    INSYAALLAH JEMPUT DATANG LAGI PUAN AND TEAM SEMUA,

    TERIMA KASIH

    FARAH
    0126703255
    PENGURUSAN PARK PAINTBALL SOUTHERNLEGION

    ReplyDelete