Sunday, 16 January 2022

Semalam di Kampar

Dari rumah Makcik kami bergerak ke Kampar. Sengaja kami memilih untuk singgah bermalam di sana. Mulanya kami berhasrat untuk ke Bagan Datuk, tapi memandangkan jaraknya lebih sejam pemanduan, kami hubungi pula Felda Residence Sungkai. Sayangnya tiada kekosongan bilik. Jadi, Kampar adalah pilihannya. 

Apa ada di Kampar? Berbekalkan soalan yang sama, kami datang ke sini :D Nak explore tempat baru... 

Pemandangan lombong bijih timah tinggal berlatarkan langit membiru dihiasi awan serta jajaran Banjaran Titiwangsa sebagai latar belakangnya sangat mempesona! Ditambah pula dengan kawanan bangau putih yang berterbangan bebas, sangat cantik panoramanya. Sesuai sangat kalau nak shooting filem :D Tapi awas, lombong tinggal tu lebih kurang 30 meter dalamnya! 

Ummi snapped photo dari dalam kereta jadi tak cantik sangatlah gambarnya. See it before your eyes and would be fascinated.  

Dinner di Restoran Sakira Seafood malam tadi... 


Tak banyak kedai makan Melayu di sini. Mungkin kawasan ni majoriti penduduknya kaum Cina. Tapi, penggemar nasi kandaq jangan risau .. Nasi Kandar Beratur 786 ada sebelah Econsave je :p 

Pagi tadi pula kami bersarapan di Akid Corner, bersebelahan Kampar Sentral. Ummi ingatkan Kampar Sentral ni shopping mall, rupanya pusat sukan. Ada gym, futsal courts kot dalam tu... 

Murah giler makan di sini .. nasi lemak telur mata 4 + 6 jenis air harganya cuma RM15.60. 

Ummi pekena nasi dagang. Lima ringgit setengah ja, alhamdulillah sedap. Walid pula makan roti telur dari gerai sebelah. 

Sebelah malam ada tauke lain pula berniaga di sini; ada goreng-goreng dan masakan panas lain. 

Yang ada kubah macam istana tu (kata Kakak), Grand Kampar Hotel. Antara bangunan yang tinggi di sini .. 

Masjid daerah Kampar, Masjid As Syuhada. Cantik dan bersih masjidnya. 

Bersebelahan masjid, ada pusat penjaja. Meriah dengan pelbagai jualan tapi tempat tak crowded  sebab kawasannya luas. Nak parkir kenderaan juga sangat mudah. 

Rasa macam pi Bazar Ramadhan, semua nak beli ๐Ÿ˜

Sapa boleh teka kopi apa ni ๐Ÿค—

Popia basah... Sampai Gombak baru makan... Ada juga beli takoyaki, belum start kereta dah habis ๐Ÿ˜† First time ni  Makngah hampa makan takoyaki :p 

Salah satu tempat menarik di sini .. 

Dalam pekan, berhampiran Petronas Bandar Baru Kampar. Asalnya kami nak melawat Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta ni tapi kesuntukan masa. Sebab kami ke satu lagi tempat yang tak kurang menariknya. 

Lawakan? Nanti Ummi share ✌️

Rezeki kami di Lembah Kinta ni lumayan sungguh. Semalam makan kenduri di rumah Makcik, hari ni dijemput makan tengahari di rumah Kak Ah, anak saudara Ummi pula. Sementelah belum pernah ke rumahnya,  kami berbesar hati sangatlah menerima jemputannya. 

Ikan pekasam tu import dari Baling. Sedap bangat

Terima kasih daun keladi Ah... Lain kali Maksu mai lagi :D 

# Esok Ummi ziarah kawan-kawan maya ye, ุงู†ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ 

4 comments:

  1. Kopi Vietnam ke? Hehe murah betul nasi lemak telur mata dan 4 air.

    ReplyDelete
  2. haus tgk teh ais tu,..cuaca panas skarang

    ReplyDelete
  3. itu la x byk yang ada di kampar

    ReplyDelete