29.1.2022
Istimewa majlis perkahwinan yang kami hadiri hari ni... Pengantin bersanding dengan bayi :D Kahwin semasa PKP, majlis persandingan tertangguh beberapa kali. Nak dibatalkan, mungkin deposit sudah dibayar. Jadi, majlis diteruskan pada tarikh yang sesuai iaitu hari ni.
Nampaklah tadi pengantin perempuan pegang baby di pelamin. Sweet je... Sebelum ni pun pernah baca di surat khabar, pengantin bersanding dengan bayi di majlis perkahwinan, jadi bukan sesuatu yang pelik pun. Cuma, rasa extra happy merasai sendiri pengalaman begini.
Cantik dekorasi Dewan Ibunda ni. Sebelum ni kami pernah makan kenduri di sini, tapi tak ingat kenduri siapa... Dah lama sangat dah, sampaikan nak ke sini tadi pun tersesat 🤦
Terima kasih Tn Hj A atas jemputannya.
Istimewa bersanding bersama bayi. Cuma mungkin tidak boleh duduk lama-lama atas pelamin sebab mungkin bayi hendak tidur dan di tempat senyap.
ReplyDeleteSelalu jugak nampak sekarang, bersanding bertiga dengan bayi, bolehlah buat aqiqah sekali, kan.
ReplyDeleteNampaknya jemputan pengantin dah mula rancak kembali
ReplyDeletepengantin pkp la paling rare zaman tu.
ReplyDeletetakde sakit kepala orang mengata kawi koboi sebab nikah samada kat pjbt agama atau pkp selepas tu buat majlis kecik2 kat rumah. and yg paling best mesti selepas 2020 ade yg buat majlis dgn baby. adik kami pun nikah masa pkp. hihih
Anak menghadiri perkahwinan ibu bapa...ðŸ¤
ReplyDelete