Cerita hari ni...
Cerita I
Gara-gara nampak posting Mummy Ayu breakfast lontong، Ummi pun teringin nak makan lontong & kuah lodeh. Masak kuah (tanpa santan), rebus telur, rebus nasi impit segera dalam Noxxa dan siapkan sambal tumis bilis. Pagi tadi baru tambah santan dalam kuah lodeh tu. Sempatlah hidangkan untuk Walid sebelum ke tempat kerja.
Ummi rebus nasi impit segera tu dalam 15 peket. Ada baki Ummi goreng pula untuk makan malam...
Tumis bawang merah & bawang putih. Masukkan cili kisar, tumis hingga naik minyak. Masukkan ayam. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan telur yang telah dikocok dan Maggi Cukup Rasa. Biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi impit yang telah dipotong kecil. Untuk hiasan, tabur hirisan daun bawang dan telur rebus. Daun bawang tu petik depan rumah. Bolehlah tabur banyak-banyak :D
Cerita II
Gambar ni Walid share... Suasana solat Jumaat di sebuah masjid di ibu kota. Walaupun solat di luar, tetap bersyukur. Masih juga dapat tunaikan kewajipan, alhamdulillah.
Bila tengok gambar ni terus teringat momen kami di Arafah dulu. Nak cari tempat privacy untuk berdoa berdua dengan Walid akhirnya kami solat di tepi pokok, belakang khemah...
Solat Subuh di Masjidil Haram pagi tadi. Hari Jumaat ni rindu pada tanah suci tu lebih w/pun hari-hari Ummi tonton Makkah Live. Rasa membuak-buak... Sementelah Sahabat TH kami, Hjh Amy baru pulang dari sana. Ummi pun mengharap juga dapat jemputan ke sana lagi aamin...
Selamat berhujung minggu 🌹
Wah buat lontong goreng.
ReplyDeleteSaya pun harap dapat jemputan lagi ke sana.
Lama tak makan lontong goreng, kalau lontong atau lontong kering petik jari jer nak cari kat JB ni, lontong goreng, tak semua tempat ada (dan sedap).
ReplyDeleteSemoga termakbul hajat PH nak ke tanah suci lagi, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Nampak sedap lontong goreng, lodeh pun, lapar pula tengok, rindu juga ke sana. InshaAllah moga termakkbul doa PH Aameen.
ReplyDeletekegemaran sgt lontong tu. tapi bila buat sendiri kuah lodeh, sokmo tak menepati citarasa. aihh .. dpt lontong kering rendang paru pun sedap ni.. ya Allah 🤤🤤🤤
ReplyDeleteMakanan favourite dua ni kak. Jadi teringin pulak tetiba.
ReplyDeleteSemoga tercapai hajat ada rezeki berpeluang lagi jejak kali ke tanah suci lagi. Aaaminn...