Sunday 9 January 2022

Ada suka, ada duka


Cerita hari ni...
9.1.2022

Pagi kami ke MTM Mart Taman Samudera. Sedar tak sedar dah setahun ia beroperasi. Alhamdulillah, masih teguh berdiri. 

Acara-acara menarik sempena ulang tahun pertama... Sale berlangsung hingga 12/1 ni tak silap Ummi. 

  Adik seronok dapat belon...

Layan nasi lemak free :D Kopi tu sample Kopi Adabi. Sambil berkongsi nasi lemak sepinggan tu, jeling sampai naik juling ke vendor dimsum haha ... Takde rezeki, sampai dah angkat kaki dimsum belum ready lagi 😁 


Selain support event, kita support juga dari segi kewangan...cewah! 

 Addicted pulak dengan Kopiah Malaya tu. Tok Ayah pun suka kopi tu tau... 

Dari situ, pergi Yebeng, beli sandal Ummi. Sandal sedia ada dah patah tapaknya 😂 Lama sungguh ia berkhidmat untuk Ummi, dah 3-4 tahun gitulah. 

Standard-lah perempuan kan, dalam kereta ada kasut 2-3 pasang/jenis :D 

Lepas Zohor Aiman Kontraktor datang tukar soket. Semalam Ummi nak masak air, tiba-tiba salah satu suis di DB 'tendang'. Cuak juga masa tu... 


Petangnya pula anak3 berentap rebut Piala Thomas depan rumah :p 

Raket Angah & Kakak Walid beli di Conelli semalam. Raket Abang pun beli di situ juga tahun lepas. Raket Tok Ayah yang depa guna sebelum ni dah berapa kali tukar talinya. Asyik putus je. Masakan tidak, pukul bulu tangkis macam nak pukul orang, punyalah kuat 😬 

Maghrib kami terima back to back khabar duka. Pak Mat Gyver dan Ami, anak arwah Uncle Kassim pergi menghadap Ilahi. Arwah Pak Mat meninggal sakit tua, manakala Ami meninggal akibat kanser. Tak sampai 4 bulan lagi abahnya meninggal, dia pula menyusul. 

Al Fatihah untuk kedua-duanya dan takziah buat seluruh ahli keluarga. 

3 comments:

  1. Seronok ada kedai bumiputera dekat rumah.
    Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi.

    ReplyDelete
  2. Haish! kenapalah vendor dimsum tu tak faham-faham jelingan PH ya heheheee...

    Soket kat rumah Mrs.A pun sebaris buat perangai tak boleh guna dah betulkan pastu jadi balik. Orang yang betulkan tu cakap kena buka semua, wire maybe ada yang bersimpul adehhh! macam-macam hal

    ReplyDelete
  3. masa baca tajuk dah ternyanyi lagi CTDK 🤭

    Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah kak.

    ReplyDelete