Thursday 30 April 2020

7 Ramadhan & Resepi Ayam Berempah Simple


I was waiting for my turn to enter a supermarket. I checked my phone to kill the time when I saw this on the Notepad: 

[Assalamualaikum semua, Selamat Berpuasa. semasa Perintah Kawalan Pergerakan Kawan-kawan kena duduk rumah. Tak boleh keluar rumah. Keluar bila ada keperluan sahaja. Langkah  langkah untuk mengelakkan daripada terkena dari Covid-19 ialah: Kerap cuci tangan menggunakan sabun atau Handsenitizer, Tutup mulut atau hidung ketika batuk atau bersin, jangan sentuh muka tau]

Ladies and gentlemen, please welcome our guest writer,  Kakak! 


Kakak suka menulis, macam Ummi juga :) Setiap kali kitorang travel or balik kampung dia akan buat karangan. Ummi tulis dalam blog, dia tulis dalam buku. One day she can take over my blog I guess 😁

Semalam Ummi masak asam pedas daging tetel ikut resepi mommy blogger, Aida. Sedap betul hasilnya. Memang terbaiklah resepi orang Melaka ni :) Tq Aida 😘 
Boleh cek resepinya di SINI.


Menu Iftar 7 Ramadhan 1441H

Nasi Putih 
Asam Pedas Daging Tetel 
Ayam Rempah 
Sup Sayur
Dadih Susu 
Murtabak Kulit Popia 
Kuih Muih  Wak
Bubur Lambuk Hj Man 
Mango Lassi / Teh O


Inilah bubur lambuk Hj Man yang jadi kesukaan Walid tu. Hj Man ni setiap tahun masak bubur lambuk untuk agihan berbuka. Sesiapa sahaja boleh ambil. Bayaran seikhlas hati. Moga bertambah rezeki Hj Man sekeluarga. 

Mango Lassi 

Resepi yang Ummi nak kongsi hari ini ialah Ayam Berempah yang sangat mudah sebab hanya gunakan perencah Adabi sebagai bahan perapan.

Nampak garing tapi sedap tau! 

Ayam Berempah Simple
Sumber: Majalah Pa&Ma

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 bungkus Perencah Nasi Goreng Ayam Adabi
2 bungkus Perencah Tomyam Adabi
2 s/b gula
1 s/b garam

# Boleh tambah/kurang kan2bahan ikut kuantiti ayam. 

Cara-cara
1. Campur semua bahan ini dan perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama perap, lagi sedap.


Dah perap, Ummi letak dalam zip lock bag then simpan dalam chiller. Perap belah pagi, petang tu bakar je. Meresap rempahnya dalam ayam.



2. Ayam yang diperap tadi, dibakar di dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 180°C. Boleh juga digoreng atau di panggang di atas api. 

Ummi masukkan dalam air fryer selama 20 minit dengan suhu 200°C. 10 minit kedua tu kalau garing sangat, kurangkan suhu ke 180°C.

Selamat mencuba!

2 comments: