Wednesday 22 April 2020

Serangan bertubi-tubi 😅


Ingatkan bila UPSR dibatalkan ni, bolehlah slow down sikit belajar. Rupanya cikgu-cikgu makin agresif bagi homework. Bak kata Cg F, cikgu kelas Abang semalam, "cikgu-cikgu sudah memulakan serangan bertubi-tubi". Haha... 

PSRA pun dibatalkan. 

Bukan setakat Abang, Angah dengan Kakak pun sama. Cikgu-cikgu yang selama ni senyap je, mula muncul di group wasap kelas 🤭 Macam-macam assignment yang cikgu-cikgu bagi. Ada yang kena jawab kuiz online, ada yang buat latihan di buku tulis, ada yang kena ikut online class, ada yang minta anak murid buat video, dan pelbagai lagi medium. Bila nak submit assignment nanti, phone Ummilah juga :) 






Ummi OK ja. Lagi pun anak-anak rasa connected dengan guru-guru dan kawan-kawan. Depa pun bukan main bersemangat kalau cikgu bagi homework. Berdesup ambik pencil dengan buku. Masalahnya semua info tu masuk phone Ummi. Kecuali untuk GC (Google Classroom) pergi ke email Walid. Jadinya my phone was bombarded with messages/info related to kids school. Since di rumah ni no printer, certain latihan tu kena salin dari phone. Bagi kat Angah phone ni semalam, dari pukul 10 sampai 11 dia dok salin soalan tak siap-siap 😇😇😇 Dalam phone tu jugalah segala macam resepi Umminya simpan haha... Nak juga tengok phone tu time-time nak masak. Lastly, Ummi decided untuk tolong salin. Bukan setakat salin soalan, lukis pun boleh. Serba boleh lah Ummi time PKP ni hihi...

Not bad kan? 

Pastu bila dah siap tugasan, kena update pula markah anak. Hat ni lagi tension 😂. Bukan pasal score, tapi bila nampak ramai dah siap, anak kita belum mulalah gelabah :D Padahal deadline 2-3 hari lagi. Nampaknya bukan anak-anak je bersemangat, ibu ayah pun 2x5 :D


Tapi, itulah. Ini dari kasut Ummi,  ada 3 orang anak bersekolah. Bayangkan cikgu-cikgu yang satu kelas tu 30 orang anak murid, boleh 'pecah' phone cikgu-cikgu kan? Sebab tu penting untuk kita berlapang dada. Kalau cikgu bagi homework, buatlah. Kalau takde, bersabarlah. Ummi tulis post ni pun bukan bermaksud nak komplen, sekadar nak coretkan kenangan PKP ni. 


Stay safe everyone!

8 comments:

  1. Hihi, situasi kita samala PH, telefon mak yg jadi sasaran, telefon abah ekslusif abah sorang je, kalo dulu sekali pagi sekali mlm je kena caj, tapi ni beraound2 asyik kena caj jer,cepat naw habis bateri.

    Esok dah puasa kita, selamat menjalani ibadah puasa ye PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kan kak? Tapi now sy dah advanced sikit, buka WA dekat WA Web. Takde lah phone kena hijack dgn anak2 :)

      Delete
  2. Ada juga kerja budak2 nak buat masa cuti panjang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak WP. Sekarang cikgu2 dah start bagi jadual belajar dan latihan setiap hari.

      Delete
  3. Allahu...comelnya ummi lukiskan haiwan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu seni akak dulu mesti bangga 😂😂😂

      Delete
  4. Haha biasalah tu.. lepas subuh cikgu dah bagi homework Dan tugasan

    ReplyDelete