Wednesday, 1 April 2020

PKP Fasa 2 Bermula


Credit: BH Online 

Hari ni, 1 April 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 bermula. Nampaknya wabak Covid-19 masih membimbangkan di dalam negara kita. Harapnya PKP Fasa 2 ni akan memberi impak besar dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 ni. Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan. Yang bukan frontliners dan yang terlibat dalam essential services, kita diminta hanya duduk di rumah. Tahu, ramai dah bosan. Tapi bersabarlah. Selagi masih ada orang tak bagi kerjasama, selagi itu ada risiko penularannya. Katanya untuk PKP Fasa 2 ni pemantauan dan  penguatkuasaan akan diperketatkan. Setakat ni pun dah ramai yang dituduh di mahkamah dan dikenakan hukuman kerana melanggar PKP. Jadi, jangan ambil ringan hal ni.

Tadi, Angah tanya... Esok dah boleh sekolah? Belum jawab Ummi Walid hampir serentak. Kenapa, Angah tak suka ke cuti? Suka, tapi taknak lah lama sangat macam ni :D  Kalau cuti biasa tu boleh juga depa berbasikal depan rumah, main badminton dsbnya. Ini memang berkurung dalam rumah, jemulah. Tadi Ummi nampak pakat baling bola kertas ke dinding, ala-ala main squash. Oklah tu hihi...

Kalau tak silap, hari ni juga Bantuan Prihatin Rakyat tu Makcik Kiah dapatkan? Alhamdulillah. Gunalah sebaik mungkin ye. Keadaan ekonomi sekarang tak berapa elok kata orang, ditambah dengan wabak Covid-19 di seluruh dunia, harga minyak jatuh dsbnya kena beringat-ingat. Secara peribadi, Ummi melihat bila institusi kewangan dan perbankan bagi moratorium selama 6 bulan, maknanya lebih kurang itulah jangkamasa waktu sukar yang akan kita hadapi. Sebab tu kita kena beringat dan patuh PKP ni. Kesannya besar bukan dari segi kesihatan sahaja, tetapi semua sektor akan terlibat dan melibatkan kita juga. Sebelum PKP dulu, waktu gelombang pertama Covid-19 di negara kita, kita nampak syarikat besar seperti penerbangan, pelancongan, perhotelan semua tu yang terjejas tapi bila kes Covid-19 mula merebak (gelombang ke2) kita yang marhaen ni mula rasa kesannya, terutama bila PKP dilaksanakan. Makcik Kiah pun tak dapat berniaga goreng pisang buat sementara waktu. Bila tak meniaga, takdalah pendapatan untuk Makcik Kiah. Sebab tu bila dah dapat bantuan Makcik Kiah kena bijak berbelanja πŸ€—


Finally, Ummi nak bagi sikit pesanan penaja untuk semua;

Credit source. 

Chill 🀞

12 comments:

  1. Hahaha..yang last tu terlebih win.. ok esok g kerja pakai kebayalah macam ni..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan PH kena berjimat cermat walau dapat moratorium tu tak payahlah nak berbelanja berlebihan simpan untuk kegunaan 6 bulan selepas ini nanti. Menurut pakar ekonomi akan berlaku inflasi selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Mrs A. Nampak macam dapat durian runtuh tapi jgn dicurah dulu air di tempayan, kita tak pasti lagi 3-4 bulan apa akan jadi. Kalau muncul pelangi, alhamdulillah. Kalau sebaliknya? Sebab itu kena sediakan dulu payung :)

      Delete
  3. Masa untuk merancang kewangan sebaiknya. Mudah-mudahan wabak covid 19 ni cepat berlalu pergi. Allahumma ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ily, sebaiknya berjimat dan berada-pada..

      Delete
  4. Haha ku udah bosan di rumah. Leceh gila bila kena wfh. Rasa mcm tak lengkap sbb documents semua kat office

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg bekerja ramai yg mati kutu dengarnya. Sabar ye Scha :)

      Delete
  5. budak budak berkurung lagilah bosan kan. jenuh nak menerangkan keadaan. BPN tu rasanya hujung bulan baru masuk. eh eh nak berkebaya pun tak tahu muat ke tidak lepas musim PKP ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Apa daya, ujian utk kita semua.

      Delete
  6. hahaha, nak berkebaya pun dah tak muat ni ...

    ReplyDelete