Friday 10 April 2020

PKP Fasa 3 (15 - 28 April 2020)


Bercampur baur perasaan Ummi bila PKP disambung 2 minggu lagi. Fasa ketiga 15-28 April 2020. Tapi, sebab dah expect tidaklah terkejut. Cuma bibit-bibit stress tu dah mula muncul :(

Alhamdulillah bab pengurusan rumah tangga tidaklah memberi tekanan kepada Ummi sebab itu memang job scope Ummi, PKP ke tak. Cuma, rutin memasak tu bertambah sebab sekarang jadual makan complete dari sarapan hingga makan malam (4 kali sehari). Bukan masak setiap kali pun, kadang tu makan biskut cicah air teh ja. Tapi dapat duduk bersama itu yang seronok. Alhamdulillah bukan senang nak dapat peluang bersama setiap saat dengan ahli keluarga kan?

Yang Ummi stressnya bila ibubapa mula 'berbunyi' dalam group WA anak-anak. Kalau group T6 tu Ummi faham tapi yang T1 pun dah mula bising. Takde e-learning ke? Takde homework ke? Itu ini... Macam-macam idea dikeluarkan membuatkan Ummi pula tertekan! Rasa macam ketinggalan je aku ni :( Angah dengan Kakak ni tidaklah belajar sangat pun sebab fokus dan prioriti pada Abang. Gitu-gitu je belajarnya kata orang. Tapi tidaklah kosong. Insha Allah ada juga hasilnya walaupun tak seberapa.

Cikgu-cikgu mesti lagi stress kan? Bagi Ummi, ibu ayah kena faham, kena berlapang dada. Bukan kita minta benda ni terjadi. Mana tahu cikgu-cikgu pun terperangkap di kampung halaman, dengan Internet connection yang slow, tak cukup data ke... Ummi tak fikir cikgu-cikgu pun suka PKP ni. Bahkan semua orang pun tak suka. Carilah inisiatif dan alternatif untuk ajar anak-anak. Dan pelajaran serta pengajaran tu bukanlah pada akademik sahaja. Ummi akui nak ajar anak bab akademik secara konsisten ni agak payah. Banyak benar cabarannya. Kalau Ummi nak sit down ajar depa sorang-sorang tak daya Ummi. Walid? Jadual kerjanya sama seperti bekerja di office walaupun WFH. Lunchtime kami pun pukul 1 tau!

Tapi, dari sudut lain, Ummi perhatikan anak-anak makin lancar baca Quran terutama surah-surah amalan; Yasin, Al Mulk, Al Waqiah... Malam tadi Kakak kata nak solat sunat. Rakaat pertama Kakak nak baca surah Yasin, rakaat kedua surah Al Mulk katanya. Terpana sekejap Ummi Walid dengan Abang :D Biar betul Kakak, kata Abang seperti tak percaya haha.. Alhamdulillah berkat hari-hari baca surah-surah ni, anak-anak dah ingat dan dapat 'tangkap' ayat-ayat dalam setiap surah tersebut. Kalau kita baca permulaan ayat, depa boleh sambung sampai habis. Bagi Ummi, ini pun satu pencapaian. Alhamdulillah.

Credit source. 

Terus positif, terus sabar. 
Kita boleh 💪💪💪

5 comments:

  1. Ya Allah hafal Kakak.
    Saya hari-hari baca pun tak hafal nak baca dalam solat.

    ReplyDelete
  2. Surah Al Waqiah memang terbukti sebab saya amal

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah hikmah berkurung dalam umah, tulah kawan2 yg cikgu pun serba tak kena, bagi homework salah x bagi pun salah..

    ReplyDelete
  4. Ank akk ada je online h/work dia, tapi jenuh paksa suruh buat, dia buat tak tau je, kerjanya plak tu sikit punya bamyak, adoiii, ni pun punca mak2 jadi stress juga haha.
    Ya, byk juga hikmah pkp ni bila kita pandai merebut peluang tu kan PH.

    ReplyDelete
  5. Takpelah asalkan Kita berjaya hapuskan rantaian covid..adabyk hikmahnya duduk rumah kan

    ReplyDelete