Friday 1 May 2020

8 Ramadhan & Resepi Air Asam Kodiang


Sekejap sahaja dah hari ke-9 kita berpuasa. Berpuasa tanpa kelam kabut ke sana ke sini membuatkan rasa lebih tenang menjalani kewajipan berpuasa tahun ni. Rasa seronok tanpa hiruk pikuk kenderaan bertali arus di atas jalan raya, deruman motorsikal berpusu-pusu ke bazar Ramadhan serta dentuman bunyi mercun mengganggu solat terawih. Dek kerana semuanya terkurung di rumah, Ramadhan kali ni terasa lebih nikmat. Nikmat dalam kesunyian. Nikmat dalam kesederhanaan. Benarlah, bersyukur itu sangat nikmat!

Ada member jual T-shirt ni di Shopee. Walid beli sehelai, support kawan-kawan. 


Tapi, minggu hadapan sedikit sebanyak ketenangan ini bakal berubah. Beberapa sektor pekerjaan dibuka semula untuk menggerakkan lebih banyak aktiviti ekonomi. Bagi yang kembali bekerja, please be extra careful and follow all the SOPs and guidelines provided. Do think of your family and our frontliners who are  fighting tirelessly from the beginning. Kita jaga kita, everyone will be safe Insha Allah.

Semalam Ummi ke farmasi beli hand sanitizer untuk Walid. Alhamdulillah stok dah ada. Simpanlah hand sanitizer ni dalam poket/bag. Banyak benda kita akan sentuh bila mula masuk pejabat; pintu ofis, rail escalator, butang lift, hand rail dalam train dsbnya. Please, please, please be careful everyone ❤️

Tahu, dah lebih sebulan tak jumpa colleagues, flying kiss cukuplah. Tak payah salam-salam, peluk-peluk. Cukuplah peluk cium anak isteri di rumah. Risau tau... Sebelum ni Walid keluar beli barang di kedai runcit pun Ummi dah cuak, inikan pula nak beramai-ramai dalam office. Perjalanan nak ke ofis tu pun perlu berhadapan dengan pelbagai orang. Moga dilindungi-Nya selalu.

Masuk bab resepi, semalam Ummi cuba 3 resepi baru. Ala, resepi mudah-mudah je bolehlah try 3 sekaligus :D Sebelum tu, menu iftar semalam...

Menu Iftar 8 Ramadhan 1441H
Nasi Putih

Siakap 3 Rasa 

Ayam Goreng Kunyit Letops 
Air Asam Kodiang 
Ulam Timun & Salad
Cekodok Pisang 
Roti John 
Murtabak 
Bubur Lambuk Hj Man 
Air Laici / Nescafe Tarik 
Betik

Banyaklah pulak 😅

Cekodok pisang - Khairul Aming's style
Suka Ummi tengok video masakan dia... Sempoi 


Untuk resepi Siakap 3 Rasa tu boleh rujuk SINI.. Rupanya guna nenas chunk dalam tin tu beserta airnya sekali untuk dapatkan rasa manis kuah 3 Rasa ni. Ummi baru tahu :)


Ayam Goreng Kunyit bukan tak pernah masak sebelum ni tapi kali ni lebih sedap. Ayam pun lembut je. Rahsianya, goreng ayam dalam minyak yang banyak. Nak masukkan sayur nanti, baru keluarkan lebihan minyak. Cuba resepi Ayam Goreng Kunyit Letops di SINI. .

Ummi kalau guna minyak terendam, Ummi suka masak dalam periuk Noxxa. Minyak tak kecah dan lauk masak sekata. 

Resepi special Ummi nak kongsi hari ni ialah Air Asam Kodiang. Ada orang share dalam group WA. Cuma guna 4 bahan je tapi sedap baq hang! Sebenarnya air asam picit-picit ni Tok selalu buat. Cuma style orang Baling dengan orang Kodiang beza sikit. Kami perah air limau kasturi/nipis, depa guil (gaul) asam jawa sekali. Jom kita...


Air Asam Kodiang
Sumber: WhatsApp

Bahan-bahan
Cili api hijau
Asam jawa
Belacan
Sedikit air masak

Cara-cara
1. Gandingkan kesemua bahan di dalam piring/bekas sesuai bersama sedikit air.



2. Mulakan dengan mematahkan cili.
3. Kemudian, picit cili hingga pecah-pecah/separa hancur.


4. Ramas asam jawa dan belacan bersama cili hingga sebati (naik bau). Siap!


# Jika terlalu pekat tambah air dari masa ke semasa. Garam pun tak perlu, cukuplah masin dari belacan je. Cuba tau! 

اللهم انک عفو کريم تحب العفوى فعفو عني

9 comments:

  1. Alamak sedapnyaaa air asam tu, cecah dengan ikan bakar pun sedap ni...adeiiii kecurrr

    ReplyDelete
  2. Sayapun baru tahu guna nanas dalam tin dan airnya.
    Rumah ni memang beli nanas segar sebab emak suka makan buah nanas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang sy dengar orang suka makan nenas. Sy beli nenas jika ada keperluan utk memasak je :)

      Delete
  3. Betul tu, rasa lebih tenang ramadhan kali ni tak terkejar dengan hal duniawi lain. Hikmah paling bermakna tahun ni. Best tu bermacam menu dapat masak. Untung juga ada periuk noxxa. Mudah kerja masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fiza. Relaks je... Nak beribadah pun lebih tenang kan

      Delete
  4. Semoga mereka yang keluar bekerja esok akan dipermudahkan urusan dan dilindungiNYA selalu.

    Wah! memang mudah sangat tu ya cara buat air asam Kodiang nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah sangat Mrs A. Tapi hati2 nanti pijar tangan hikhik..

      Delete
  5. Suka bau belacan yang lekat kat tangan lepas guil ayaq asam...

    ReplyDelete