Tuesday 28 April 2020

5 Ramadhan dan Nostalgia Sup Tulang


Sebelum tu, Ummi nak share gambar benih serai yang Ummi dah tanam semalam. Ada yang keliru serai ke halia sebab dalam gambar SEMALAM tu ada sekali halia kan? 


Ada benih serai (1), halia (2) dan ubi kayu hasil kebun depan rumah (3) dalam gambar semalam; 


Maaf ye 😊

Berbalik kepada tajuk, sepatutnya sambut puasa hari tu kami makan sup tulang. Tapi dah tertulis bukan rezeki kami hari tu redha je. Termasuk order dari jiran, berkilo-kilo juga tulang rusuk dan tulang biasa kami order dari seorang hamba Allah ni. Yang sampai hanya 1/2 kilo limpa! Pesan Ummi, kalau nak berniaga jujurlah. Kalau barangnya takde, bagi tahu saja takde. Tidaklah kita berharap dan ternanti-nanti.

Dah jadi kebiasaan keluarga Ummi sejak dulu bila nak sambut puasa arwah Tok Wan akan berbelanja lebih sikit; beli tulang, hati, limpa, paru dll. Hari biasa, bulan biasa nasi kami hanya berlaukkan ikan kembung, sardin, ikan masin ataupun telur jadi bila sesekali dapat makan ayam/daging dah dikira mewah waktu tu.
Sehari sebelum Ramadhan biasanya arwah Tok Wan akan ke Parit Panjang untuk mendapatkan daging/tulang lembu segar. Kena awal jika tidak akan kehabisan. Selain untuk kami sekeluarga, Tok Wan kadang tu tolong belikan juga untuk jiran-jiran. Bila Tok Wan meninggal, Wan Teh pula ambil alih tugasan ni :)

Balik ke rumah, Tok Wan mula memproses tulang/perut dll yang dibeli. Waktu tu semua kita kena buat sendiri. Beli ikan takde service siang. Ayam pula sembelih sendiri, bersih sendiri. Serba serbi sendiri. Perkara pertama yang Ummi ingat Tok Wan akan sediakan kayu api dan letak tungku untuk jerang air dalam periuk besar. Air panas ni gunanya untuk mencuci perut lembu ataupun untuk merebus tulang kelak. Tempat memasak pula di luar rumah, kawasan terbuka.

Bila Tok balik dari menoreh, Tok akan membersihkan perut dan mula menyiapkan bahan-bahan untuk sup tulang. Part bersihkan perut lembu tu paling payah Ummi tengok. Kena cuci sampai putih bersih. Perut lembu pun ada pelbagai jenis/bahagian; perut kitab, perut tebal, perut muda dll. Ummi dah lupa sebab sejak arwah Tok Wan takde, kami jarang dah beli perut lembu. Yang paling susah dicuci ialah perut kitab sebab ianya berlapis-lapis macam helaian buku (kitab) 😁

Tok Wan sendiri yang akan memasak sup tulang ni. Hanya menggunakan bahan-bahan asas seperti serai, lengkuas, halia, bawang-bawang serta rempah 4 sekawan, terhasillah sup tulang yang sangat sedap. Namun, prosesnya bukan sekejap, memakan masa berjam-jam untuk menyiapkannya kerana menggunakan dapur kayu. Bila daging mula lekang dari tulang, nampak senyuman kepuasan di wajah arwah. Allah, rindunya pada seraut wajah itu 😭😭😭

Tugas Ummi bila sup sudah masak ialah menjemput Wan Lang, Maklang Di dan anak-anak mereka ke rumah untuk sama-sama menjamah sup tersebut. Kami yang kanak-kanak ni berkongsilah 3-4 orang  semangkuk sup. Masa tu dapat rasa kuah sup pun dah seribu nikmat. Tak dapat daging, dapat kuah pun jadilah πŸ˜‚

Itulah antara kenangan menyambut Ramadhan Ummi. Seronok bila diimbas kembali zaman kanak-kanak dulu. Hidup susah tapi masing-masing tak berkira.


Ini sup tulang Ummi semalam. Resepi campak-campak je. Cuma kali ni Ummi tumis bawang bersama Perencah Sup Adabi. Terasa kelainannya tapi sedap walaupun tak setanding dengan sup tulang airtangan Tok Wan.

Menu Iftar 5 Ramadhan 1441H
Nasi putih

Sup Tulang 
Sayur kobis + telur 
Cili kicap
Ayam percik by Man Black 
Murtabak by Al Hasib
Bubur Lambuk by Hj Man 
Roti John from Arif
Laksa from Kak Leha 
Fresh oren & teh O


Yang 'by' tu beli, yang 'from' tu jiran bagi. Alhamdulillah penuh meja. 

Ayam percik 

Tq jiran-jiran ❤️

Syukur sangat walaupun dalam PKP tapi rezeki terutamanya di bulan Ramadhan ni sentiasa melimpah. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Di Jitra, depa berbuka dengan nasi Arab. Order dengan Akhmal Rizsl, ex-player team Hijau Kuning. Sedap juga katanya. 

Nasi Arab Lauk Ayam rm8

Orang Kubang Pasu bolehlah cuba :)

8 comments:

  1. Allahhh..sampai akk pun ikut terimbau kenangan bersama tok dan wan tu. Akk pun sempatlah merasa zaman dapur kayu, dapur minyak tanah tu, memang mengimbau seribu nostalgia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... Bulan puasa ni biasalah kak, syahdu huhu... Mudah tersentuh dan beremosi :)

      Delete
  2. Alhamdulillah. Banyak makanan daripada jiran dan dapat beli juadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi oleh-Nya

      Delete
  3. alamak...teringin plak sup tulang... hahahha... hi kak Z :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina!!!!!!!
      Lamanya menghilang πŸ€—πŸ€—πŸ€—

      Delete
  4. sedih bila masih ada peniaga yang tak jujur ni. buat naya kat orang je lah. Fiza pun tengah tunggu akar serai bercambah. baru ada akar sikit, tunggu besar sikit nak transfer ke pasu pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai manusia... Macam-macam :(

      Wah, dah semai ye serai? πŸ‘πŸ‘πŸ‘

      Delete