Saturday 4 April 2020

Resepi - Roti Goreng Lemak Manis Ala French Toast



Susah betul nak dapat roti putih di tempat Ummi sekarang ni. Bukan sahaja roti Gardenia tapi semua jenama. Kalau tak salah, sepanjang PKP ni baru sekali dua kami dapat beli roti Gardenia. Bukan tak ada, tapi maybe time Walid pergi kedai tu lori roti belum sampai ataupun dah habis stock di kedai. Disebabkan kami bukanlah penggemar roti tegar, jadi tidaklah sampai ke sana ke sini mencari roti. Kalau jumpa beli, kalau takde takpe. Kekdahnya...

Beberapa lepas... 



Kebetulan Walid sampai di kedai, lori roti baru sampai. Beratur panjang orang nak beli roti. Ada rezeki kami hari tu.

Berbalik kepada topik di atas, Ummi nak kongsi resepi ringkas ni. Anak-anak sekolah pun boleh cuba (dengan pemantauan parents). Syaratnya kenalah ada roti putih ye.


Roti Goreng Lemak Manis Ala French Toast
Sumber: Siraplimau.com

Bahan-bahan
3 biji telur
2 - 3 sudu besar susu pekat
Secubit garam
Roti potong
Minyak

Cara-cara
1. Campurkan susu pekat dan telur dalam mangkuk dan pukul sebati.
2. Potong roti ikut suka. Celupkan ke dalam adunan tadi.
3. Panaskan minyak dan goreng roti tadi hingga keemasan.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dimakan.

# Cara Ummi
Celup sekeping roti dalam adunan dan lipat dua roti tersebut. Goreng keemasan. Toskan minyak. Kemudian potong dua roti tersebut. Bahagian tengah yang dilipat tu akan jadi seperti inti. Lagi sedap 😋

Sesuai untuk minum petang ataupun sarapan.
Selamat mencuba!

4 comments:

  1. macam menarik untuk dicuba ni... Tapi kena dapatkan stok roti dulu 😅 Limited edition betul roti sekarang ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. menariknya. nnt nak try .. kebetulan ada stok bread di rumah.

    ReplyDelete