Monday 13 April 2020

Ikan Kaloi


Pengetahuan Ummi tentang ikan kaloi hanya terbatas pada cerita Bawang Putih Bawang Merah sahaja. Manakala 'sepupunya' ikan tembakul pula Ummi kenal melalui cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Kuatnya pengaruh cerita dongeng sebegitu sampai ingat hingga ke hari ni.

Semalam, Tok Umi share gambar ikan kaloi yang diberi oleh kenalannya melalui seorang kawan. Takjub jugalah Ummi :D First in my life Ummi tengok ikan kaloi, walaupun sekadar gambar. Ikan tu dipancing oleh kenalan Tok Umi. Mesti kawan tu tinggal di kawasan yang ekosistemnya masih terpelihara. Sebab di kampung Ummi yang ada sawah padi pun kebanyakan species ikan sudah pupus. Nak cari ikan laga di sebalik pokok padi pun dah tak jumpa :( 

Ke dia pancing di laut? Nampak macam species ikan lauk kan.. Tapi tak rasanya, sebab masa kami balik kampung bulan lepas, dia bagi ikan puyu. Ummi ingat sebab Ummi yang masak, upon request by Tok Ayah. Nak makan puyu masak tempoyak. Tak pasti tinggal di mana kenalan Tok Umi ni. Ummi pun lupa nak tanya.

Inilah ikan kaloi...

Untung Haziq & Alya dapat tengok ikan kaloi secara life 😁

Besar rupanya ikan ni. Maksu dan Maklong dapatlah sorang sikit. Yang bahagian Maksu dah selamat dimasak lemak. Bahagian Maklong katanya masih dalam peti ais 🤭

Masak Lemak Ikan Kaloi 

Kawan-kawan pernah tengok ikan kaloi?

5 comments:

  1. ada belah seekor tp jenis yg putih.... ada masa buang tabiat nyanyi lah cam bawang merah kt tepi aquarium tu..

    ReplyDelete
  2. kalau pegi indon, biasa dihidangkan dengan ikan gurami ni

    ReplyDelete
  3. Besarnya ikan kaloi ti sedap masak.lemam

    ReplyDelete
  4. biasa dengar nama je tak penah lagi jumpa lagi ikannya..

    ReplyDelete
  5. 1st time tgk org share menu ikan kaloi

    ReplyDelete