Monday 27 April 2020

4 Ramadhan dan Resepi Kuih Lapis Mudah


Alhamdulillah sejak Ramadhan hujan sentiasa turun membasahi bumi. Bila hujan, selain seronok 'tarik selimut', berkebun pun seronok juga. Tanam pokok senang hidup, dengan izin-Nya.

Ummi pun semalam bercucuk tanam juga. Kemain, bercucuk tanam padahal tanam 2 pokok serai je 😁 Ummi baru tahu cara lebih baik untuk tanam serai. Jadi, Ummi nak kongsikan di sini. Selama ni Ummi kalau nak tanam serai, Ummi rendam serai dalam air hingga tumbuh akar. Potong bahagian atas (daun/pucuk) dan sebahagian besar batangnya diambil untuk ditanam. Rupanya tak perlu buat begitu. Rugi batang serai tu kita tak guna.

Apa yang perlu kita buat hanyalah potong sikit sahaja bahagian bawah batang serai dan rendam dengan sedikit air. Kalau tak nak rendam dengan air pun boleh katanya. Jadi, bahagian selebihnya boleh kita gunakan untuk memasak tanpa perlu korbankan sebatang serai. Boleh rujuk SINI untuk lebih faham.

Ini yang Ummi dah buat...

1 Ramadhan Ummi rendam dalam air. 
2 Ramadhan dah mula keluar pucuk dalam 1/2 inci. 
3 Ramadhan pucuknya hampir 1 inci. 
4 Ramadhan Ummi transfer ke dalam pasu.

 Takjub Ummi dengan kebesaran Allah. Bila hari-hari Ummi tengok progress daun serai tu, Ummi jadi kagum. Dari zero, dalam masa 3-4 hari ianya berpucuk. Subhanallah!

Cerita pasal berkebun ni, semalam jiran Ummi bagi daun kari. 


Ummi memang dah plan nak masak Ayam Masak Kicap ala 3 Budak Gemok. Alhamdulillah dapat daun kari segar, makin 'kick-lah' lauk ayam Ummi tu. Untuk resepi Ayam Masak Kicap ala 3 Budak Gemok boleh rujuk SINI. . Resepi ni dah jadi keeper recipe untuk Ummi sebab anak-anak suka sangat menu ni. Penggunaan cili padi sebanyak 7 biji yang dicadangkan tu sesuai untuk anak-anak kecil. Taklah pedas sangat sebab nanti rasa manis kicap akan 'cover' rasa pedas cili.


Menu Iftar 4 Ramadhan 1441H

Nasi putih
Ayam Masak Kicap ala 3 Budak Gemok
Sayur Tumis Sawi Cameron
Ikan Pelaling Goreng 
Kuih Lapis 
Roti John - Jiran bagi
Buah Oren 
Air jagung & Teh O

Untuk perkongsian resepi, jom kita buat Kuih Lapis yang mudah tapi sedap ni.



Resepi Kuih Lapis Mudah 
Sumber : Majalah Pa&Ma.

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan santan kotak kecil - Ummi guna santan segar
3 cawan air
Garam
Sedikit pewarna merah

Cara-cara
1. Kisar sebati semua bahan.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 1 bahagian diletakkan sedikit pewarna merah dan 1 bahagian lagi biarkan putih.
3. Panaskan kukusan. Oles acuan dengan sedikit minyak untuk mudahkan kuih dikeluarkan bila masak nanti. (Ummi basahkan acuan dengan air).
4. Tuang adunan putih dan kukus sekitar 7-10 minit. Pastikan adunan tersebut keras baru masukkan adunan pink pula. Kukus 7-10 minit lagi dan buat hingga adunan habis secara berselang-seli. 
6. Tunggu sejuk baru dipotong. Oles pisau dengan sedikit minyak untuk mudah potong kuih.

Tips;
1. Balut penutup periuk kukus dengan kain untuk elakkan air menitis keatas kuih. 

Ummi pakai table napkin pastu ikat dengan tali getah. Janji bahagian bawah penutup berbalut. 


2. Kalau boleh, pastikan adunan tersebut mencukupi untuk 6 layer. Bawah sekali putih, atas sekali pink. Baru cantik 😍


9 comments:

  1. Popular ayam kicap 3 budak gemuk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viral sekarang ni, itu yg cuba walaupun tak pernah rasa yg ori hihi..

      Delete
  2. Terima kasih kak share tips. Macam nak cuba tanam serai tu. Baru tahu mudah rupanya tanam serai macam ni. Rajin akak buat kuih muih sekali.

    ReplyDelete
  3. Cubalah Fiza. Senang je tu :)

    ReplyDelete
  4. Punyalah senang ye PH... tapi tulah, masalahnya tak minat menanam acane tu.... lagipun kawasan tanah pun tak do. Alasan sanagt kan hahhaha...Pokok serai ni kena korek akar dia kan kalau nak guna, tu yg malas tu hihi...kalau yg tanam pokok jenis petik pucuk daun tu ok lagilah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Utk yg minat bolehlah kak. Yg tak rajin tu, tunjuk-tunjuk je di kedai :D

      Delete
  5. Rajinnya...saya dah 5 kali beli halia...tak buat2 lagi...huhuhu

    ReplyDelete