Sunday 26 April 2020

3 Ramadhan & Resepi Apam Balik


Semalam hujan lebat di tempat kami. Ummi tengah solat zohor, hujan mula turun. Mujur juga kain baju dah di kutip, kalau tak mesti solat tak kusyuk asyik teringat kain baju di ampaian. Dalam sejam gitu, hujan berhenti. Panas sekejap. Tapi, menjelang Asar sekali lagi hujan turun, mencurah-curah. Lebat sungguh. Berterusan hingga ke malam.

Usai berbuka, Walid buka phone. Rupanya ada jiran yang rumahnya banjir! Mereka di lorong belakang paling hampir dengan monsoon drain. Air melimpah dari longkang tersebut hingga memenuhi jalan dan masuk ke dalam rumah. Longkang tu patut dibersihkan sebab Ummi perasan banyak dahan dan ranting pokok yang berjuntai ke dalam longkang di samping daun-daun kering yang berkumpul di dalamnya. Sebab tu tersumbat :(

Itulah cerita 3 Ramadhan. Masuk bab iftar, inilah menunya;

Menu Iftar 3 Ramadhan 1441H 

Spaghetti with Butter Chicken
Nasi Beriani Syed Nabi
Murtabak Syed Nabi
Apam Balik
Kuih Seri Muka - Jiran bagi
Jus tembikai dan Teh Tarik

Spaghetti with Butter Chicken. Senang je. Masak butter chicken lepas tu rebus spaghetti. Masa nak makan, gaulkan bersama. Resepi Butter Chicken Ummi ambil dari blog Kak Azie Kitchen.


Kuih Seri Muka dari Ustazah. Sedap. 

Manakala resepi yang Ummi nak kongsi hari ni ialah Resepi Apam Balik (adunan tak perlu perap). Ummi buat separuh saja dari adunan sebenar. Guna senduk besar kalau nak apam balik kita besar macam di pasar malam. Kalau nak comel, guna senduk kecil. Ummi semalam mula tu senduk 1 1/2 adunan, tapi tebal apamnya. Untuk kali kedua dan seterusnya, Ummi ambil 1 senduk adunan sahaja. Dengan mengurangkan separuh dari sukatan asal, Ummi dapat 4 keping apam baik (1 besar/tebal + 3 sederhana). 


Apam Balik
Sumber: Majalah Pa&Ma

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur gred B
1 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
(Semua sukatan ni Ummi kurangkan separuh ie tepung 2 cawan, telur 1 dsbnya.)

Bahan tabur
Jagung manis (tin)
Kacang tanah - sangai dan tumbuk/kisar halus
Gula
Chocolate rice - Ummi tambah
Marjerin untuk sapuan

Cara-cara
1. Dengan menggunakan mixer, pukul telur dan gula hingga gebu (warna putih).
2. Masukkan soda bikarbonat, pewarna kuning dan air. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sebati. Hasilnya adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat; seperti adunan lempeng/roti jala. Kalau kental, tambah sedikit air. 
4. Panaskan kuali non-stick. Ummi lenserkan dengan sedikit butter. Guna api sederhana.
5. Ambil 1 1/2 senduk adunan dan tuang ke dalam pan yang telah dipanaskan tadi.
Bila berbuih/berbintik-bintik di permukaan adunan, tabur gula, jagung, kacang tanah dan chocolate rice. 


6. Bila nampak kering, lipat dua.
7. Sapu marjerin di permukaan apam tadi. Siap!

Awat tak nampak jagung pun apam balik Ummi ni? Ni hah sebabnya... 

Ummi nampak je perkataan jagung terus grabbed 😁

Resepi kata jagung dalam tin, Ummi pi beli krimer jagung 🙆‍♀️ Frust juga tapi sebab salah sendiri kita diam je lah. Kalau Walid yang beli maunya Ummi pot pet pot pet nyanyi lagu rap 😂😂😂

7 comments:

  1. Salam ramadhan PH.. terima kasih share resepi tengok orang buat teringin juga nak cuba buat saya ni,tapi tu lah malas tu lagi banyak dari rajin.
    heeheh salah sendiri kita terimalah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramadhan kareem AA.
      Lama tak borak :p
      Ala, kita masak pun yg simple2 je AA. Asal anak-anak suka alhamdulillah.

      Delete
  2. Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawih buat Ph serta keluarga.

    Rajinya PH buat apam balik baca macam complicated je buat seorang Mrs. A huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita Mrs A. Selamat berpuasa juga.

      Ala, senang je. Macam buat lempeng juga cuma letak inti hihi..

      Delete
  3. Syukur awal ramadhan hujan dan sejuk sikit. Tapi dalam pada tu, ada juga yang terkena musibah banjir. Harap mereka tabah dengan ujian ni. Sedapnya apam balik. Belum cuba buat sendiri lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dalam musibah ada rahmat. Tapi ada juga yg diuji :(

      Delete
  4. Hari ni pun tak panaskan.... Ramadhan tahun macam musim hujan pulak kan PH....Ni resepi viral PKP ni kan PH... mana mana mak pun rasanya pernah cuba tu hihi.... Hakak punya pun sama mcm PH kejadian apam baliknya. Belakng tu mcm lempeng kejadiannya, hangus dia tak rata. Orang ckp tak payah buh minyak masa nak masak tu, tapi tulah masalahnya pan kita yg dah tak berapa nak non stick hihi

    ReplyDelete