Sunday 19 April 2020

Resepi ~ Tepung Pelita by DP Eina Azman


Khabarnya Datin Paduka Eina Azman ni rajin berkongsi resepi di IG-nya. Ramai followers beliau.

Salah satu resepi terbaru yang beliau kongsi ialah tepung pelita, antara kuih favourite semasa bulan Ramadhan. Jangan susah hati, ikut je resepi DP Eina Azman ni. Mudah dah pastinya sedap.


Tepung Pelita by DP Eina Azman

Bahan Lapisan Bawah (Hijau)
1 cawan tepung beras
1 cawan air daun pandan
Air - Ummi letak 2 cawan
1 cawan gula - Ummi letak 3/4 cawan 
Sedikit garam
1 s/m air kapur

Bahan Lapisan Atas (Putih)
4 s/m tepung beras
2 cawan santan 
Gula - Ummi letak 2 s/m
Garam

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan lapisan atas dan masak di atas api perlahan hingga adunan pekat dan likat. Sentiasa kacau dengan hand whisk supaya adunan tidak berketul. 
2. Tabur gula dalam loyang/acuan kukus. (Ummi letak 2 s/m gula. Next time nak kurangkan 1 1/2 s/m sahaja)
3. Angkat dan tapis adunan ke dalam loyang/acuan tadi.
4. Panaskan kukusan dan kukus adunan tadi. 
5. Sementara itu, buat lapisan atas pula. Caranya sama juga; campurkan semua bahan, masak diatas api perlahan dan sentiasa dikacau hingga pekat dan likat.
6. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang tadi (atas lapisan hijau). 
7. Kukus lagi 10 minit. Siap.

Suka tengok teksturnya. Lembut gedik-gedik gitu 😁

Alhamdulillah sedap hasilnya. Peminat tepung pelita wajib cuba tau. Kalau nak buat dalam bekas dadih pun boleh juga. Ikut kreativiti dan kesesuaian masing-masing. 



Selamat mencuba! 


10 comments:

  1. Antara kuih popular bazar Ramadhan.
    Terasa sejuk di tekak, huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kuih tepung pelita. belum pernah cuba buat sendiri je. Bulan puasa nanti boleh cuba kot. harap rajin lah nak membuatnya.

    ReplyDelete
  3. slh 1 kuih yg dcari d bazar ramadhan 😋😋😋

    ReplyDelete
  4. Viral jugak ke kuih ni PH. Patutlah jiran hari tu ckp nak try buat kuih ni.... Dia tu dahlah comey pandai masak pulak tu. suami pun sayang agaknya kan PH hihi

    Wahhh tengok hasil tangan PH tu terus rasa teringin jugaklah nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal artist buat, cepat je viralnya kak hihi...

      Kabare kak? Lama bertapa 🤭

      Delete
  5. Replies
    1. Cubalah, mudah je:)..
      Terima kasih singgah sini 🌹

      Delete