Perdana KLCC dulunya dikenali sebagai PNB Darby Park. Stay sini sebab nak berbuka di InterContinental Hotel minggu lepas. Nak bermalam di InterCont rate-nya >RM500, diluar kemampuan :(
Saja ambil bilik di Perdana KLCC ni sebab Jumaat tu kan SRAI cuti sempena Nuzul Quran. Abang pun boleh balik bermalam jadi ambil peluang staycation la...
Pada mulanya tidaklah kami harap wow sangat hotel ni, tapi bila sampai tu terus rasa fuyyo... Haha...
Lobinya sangat luas dan cantik...
Ummi suka sangat hiasan bunga orkid. Nampak ekslusif.
Sampai di bilik, bertambah kagum kami...
Ada dapur siap dengan electric stove, microwave, peti ais 2 pintu dsbnya.... Lengkaplah sebagai sebuah dapur...
Rupanya bilik kami ni One Bedroom Deluxe (Queen Bed). Jadi kami ingat dapat bilik hotel macam biasalah :) Alhamdulillah rezeki Ramadhan..
Kat ruang tamu ada TV, dalam.bilik pun ada TV 🤩
Saiz bilik sangat luas. Seandainya tiada living room, dapur dsbnya bilik ni saja pun dah cukup selesa buat kami berenam. Kiri dan kanan katil tu boleh dijadikan ruang tidur untuk boys dan girls.
Bilik air ada bath tub jadi dapatlah gegirls berendam. Kolam renang juga ada tapi memandangkan puasa, berendam dalam bath tub cukuplah.
Balkoni depan boleh nampak Masjid Syakirin KLCC yang sedang diperbesarkan dan juga Menara KL. Cantik sangat view-nya cuma balkoninya dikunci, untuk keselamatan rasanya. Bilik kami di Tingkat 22, dari 39 tingkat kesemuanya.
Malam tu kami bertarawih di bilik saja memandangkan pukul 9 baru beredar dari InterCont. Kalau rajin nak ke Masjid Syakirin boleh, nak ke surau Menara Tabung Haji juga boleh untuk solat berjemaah. Kedua-duanya walking distance sahaja.
Nampak tak Menara KL tu? Ralit pulak nampak lampu Menara KL tu bertukar-tukar color :D
Alhamdulillah selesa sangat menginap di sini. Staff, service, facilities, location semuanya terbaik. Rate RM315.70 nett, direct booking dengan hotel.
Perdana KLCC
10 Jalan Binjai
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 7450 3333
Website: www.perdana.attanahotels.com
yup kami selalu berbuka kat restoran 10Binjai hotel ni PH..
ReplyDeleteTempat strategik dan dapat bilik luas.
ReplyDeleteWah,cantik dan selesa.Masa Covid tengah mengganas dulu hari2 la lalu sini hantar Ada kerja kat PPV KLCC memang perasan nama Binjai ni sebab sama nama dengan buah binjai🤭
ReplyDeleteTapi saya lalu saja laaaa..🤣tak pernah lagi merasa stay kat sini
masjid KLCC tu dh lama renovasi msh x siap2 lg erk., huhu
ReplyDeleteMcm apartment pulak... menarik... harga pun not bad affordable kalau fasiliti dah mcm ni
ReplyDeletePerdana ni hotel 5star kan PH...tapi murahnya rate 1mlm ye
ReplyDeleteWahhhh, bilik macam apartment ni cuma 315 kat bandaraya KL, memang sgt berbaloi.
ReplyDeleteBerbaloi betul harga bilik dengan kondisi bilik tu...rsanya hotel lain mahal dah ni kan
ReplyDeleteoh tukar nama dh...pernh berbuka kt restoran 10 binjai hotel ni thn 2019
ReplyDeletedgn bilik dan ruang yg selesa mcm tu berbaloi RM315 tu PH. View pn best
ReplyDelete