Singgah di rumah Makcik, raya ke 6. Siap ada banner raya, beli di Shoppee haha...
Gegirls apa lagi, terus posing ler....
Makcik raya di Ipoh tahun ni sebab keretanya masih di bengkel. Accident sebelum berangkat ke tanah suci bulan Feb lepas.
Adik pulak angkut mainan Ayel bawak balik :D Ayel darjah 2 dah, tak main dah pun kipas Doraemon dengan tubes lights tu...
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland 🤩
Pertama kali naik CH ikut Simpang Pulai. Jalan lebih luas berbanding ikut Tapah. Tapi, tanah runtuh yang berlaku tahun lepas (?) masih nampak lagi kesannya.
Tiada itinerary khusus sepanjang di CH ni, lebih kepada santai-santai saja. Asal dapat ke ladang teh, petik strawberry, beli sayur ok dah tu... Kali terakhir kami jejak kaki ke sini Angah masih dalam perut. Sekarang dia dah ada IC pun 😁
Nampak Cameron Valley Tea di Kuala Terla, terus berhenti. Seronok juga berjalan tanpa terikat dengan itinerary ni...
Akhirnya turun ke Tanah Rata, cari nasi la pulak 😅 Pukul 4 lebih dah, rancak perut bergurindam :D
Teringin nak makan tomyam... Ingatkan di CH ni banyak sayur, jadi meriahlah tomyam dengan sayurannya. Tetaplah bawang dan serai saja aksesorinya huhu...
Dah kenyang tu mata pun auto layu jadi jom la kita check in dan berehat dulu.
Malamnya hujan, malas nak berkereta dan hadap jamm... Mujurlah depan hotel ada food court jadi keluar makan di situ saja...
#Maaf ye, belum berkesempatan ziarah kawan-kawan maya. Masih berziarah secara fizikal :D
Amboi ini raya campur melancong lagi! Apapun alhamdulillah ada kesempatan dan tenaga.
ReplyDeletewah alang2 terus ke CH ye ahhaa.. best2
ReplyDeletebest2. raya sambil melancong. saya belum pernah singgah CH lagi, teringin sgt, insyaallah smoga ada rezeki thn ni pi
ReplyDeleteWah...beraya sakan...cuti cuti Malaysia pun boleh tahan...anak-anak pasti seronok
ReplyDelete