Sunday, 9 April 2023

Jualan Gudang Sabella

Sekarang sedang berlangsung Jualan Raya Sabella di HQ Sabella, Batu Caves. 

Mula tu Ummi ingat jualan untuk agen yang berdaftar saja. Tapi, bila nampak merata-rata juga buntings-nya di Sri Gombak ni terfikir juga mesti untuk public jugakan... Dan bila nampak Acik Farah up status dia shopping di situ Jumaat lepas, Sabtu Ummi terus ajak Walid pergi :D 

Walaupun suasana agak crowded tapi berbaloi untuk datang ke sini. Baju Melayu & kurta hanya RM50, kain elok. Baju Kurung Sabella pun serendah RM30 ringgit rasanya... Lupa harga, rambang mata dok memilih :p  Baju kurung kanak-kanak pun RM20 je. Alhamdulillah dapatlah top up baju raya untuk anak⁴. 

Tudung pun RM8 je sehelai...


Fitting hall dan tempat lepak. Syarat pembeliannya tidak boleh tukar saiz @ warna once dah beli. Yang memang nak cari baju sedondon tu, bolehlah try dulu hingga puashati. 

Dek kerana Sabtu tu orang ramai, Ummi hanya dapat beli tudung dan baju anak4. Ahad pergi semula. Untung tau orang Sri Gombak ni, dekat dengan HQ Sabella hihi... 

Tangkapan semalam; tudung sehelai, blaus dan sepasang Baju Melayu untuk Walid. 

Bagi Ummi, satu inisiatif yang baik dari Sabella bila diadakan jualan gudang seperti ini. Tumpang seronok tengok family yang dapat baju sedondon dengan harga mampu milik. 

Ini alamatnya. 

Happy shopping! 




9 comments:

  1. Berpatutan harga tu. Semalam mintak anak2 try baju kurung dlm almari. Nampak gaya kena beli lagi sbb masing2 cuma ada sepasang je yg masih muat. Mungkin hari ni ke KWC nak shopping baju raya.

    ReplyDelete
  2. wah.. seronoknya kak.. hujung minggu depan balik gombak boleh ajak husband terjah ni.. 🤭

    ReplyDelete
  3. berpatutan harga tu dan menjimatkan...terbaik Sabella

    ReplyDelete
  4. wah ada jualan gudang..slalu dgr iklan sabella kt radio...nanti bole la try singgah

    ReplyDelete
  5. murah sangat tu...boleh buat tambah2 baju utk raya ke-3,4

    ReplyDelete
  6. Murah! Memang patut kena serbu.
    Selalu dengar iklan Sabella di radio, belum pernah beli bajunya.

    ReplyDelete
  7. Untungnya dekat, boleh ulang pergi.

    ReplyDelete
  8. Wah....
    Hari tu nampak SK memborong baju Sabella ni..
    Bila nak mai dekat erea rumah saya ni..nak juga

    ReplyDelete
  9. kat shah alam pun ada. mmg berbaboi kain dia best

    ReplyDelete