Tuesday 18 April 2023

Ikan Masak Cuka Utara

Bahagian badan dan ekor Ummi masak Singgang Portugis ala Tok Ram, bahagian kepala pula Ummi buat Ikan Masak Cuka Utara katanya... Ummi pun tak pastilah ada versi belah lain juga sbb yang Utara ni pun Ummi baru tahu 😁 Tak pernah masak jadi tak tahulah Utara ke Selatan ke Timur ke kan... Tau makan ja :) 

Ikan Masak Cuka Utara
Sumber: RASA

Bahan-Bahan 
1 labu bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji timun - dipotong panjang
4 biji cili padi (boleh tambah kalau nak pedas lagi) 
1 biji cili besar - dihiris
Halia - dihiris
1 sudu kecil halba campur
Ikan - gaul garam + kunyit, goreng, ketepikan
1 sudu makan asam jawa Adabi (1 sudu makan + 1 cawan air) 
3 sudu makan cuka 
1 ¹/² cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa - tak letak
1 sudu makan gula - letak 1 sudu kecil je
1 biji tomato - belah 4
Minyak masak untuk menumis

Cara-Cara
1. Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi. Kalau banyak sangat, buang sedikit. Kemudian tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi. Goreng sekejap tapi jangan sampai layu.
2. Masukkan air asam jawa  dan tunggu hingga ia mendidih. 
3. Apabila dah mendidih, masukkan bahan-bahan lain termasuk garam, gula dan serbuk perasa  Kacau lagi hingga semuanya sebati dan kuah mendidih. Tutup api. Siap! 

Nampaknya Walid dan Kakak lebih suka hidangan ni berbanding Singgang Portugis tempohari. Nanti boleh buat lagi :) 

5 comments:

  1. Saya suka lauk ini. Makan masa ada orang hantar, dia orang Kedap. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rasa masam², manis sikit tu yang buat sedap agaknya...

      Delete
  2. dulu Ibu pernah masak mcm ni.. x tau plak namanya masak cuka.. tau sedap je..

    ReplyDelete
  3. Uii sedap la masak cuka tu PH..Kalau biar semalaman lagi mesra kuah tu uiiii...

    ReplyDelete
  4. SA suka..cuma blom mahir masak cuka lagi..kena belajar lagi buat ni..try n error

    ReplyDelete