Dah macam budak² pulak, tengok orang masak itu, teringin. Tengok orang masak ini, telioq!
Singgang Daging Kelantan
Kebetulan ada daging yang dah dikeluarkan dari freezer dan Sis Afzan pun dah share resepinya, Ummi terus onz la masak singgang daging ni semalam.
Mak Bee rajinlah masak singgang daging. Tak pastilah versi Kelate sama tak dengan versi Ganu. Ummi pulak baru first time nak buat singgang daging.
1. Masukkan daging, bawang merah+ bawang putih yang telah dimayang, hirisan halia dan lengkuas ke dalam periuk
2. Tumbuk cili kering + biji ketumbar (tak perlu lumat). Masukkan bersama ke dalam periuk tadi
3. Buka api, gaul sebati semua bahan dan renehkan seketika. Biar bahan² bergaul dengan daging
4. Masukkan air dan biar hingga daging empuk
5. Masukkan asam keping, garam dan gula. Masak lagi hingga daging betul² empuk
6. Masukkan serbuk perasa dan budu - ikut selera masing-masing. Ummi letak sikit budu.
7. Dah sesuaikan rasa, tutup api. Siap!
Alhamdulillah sedap hasilnya. Ada rasa masam, pedas, manis² daging... Hirup kuahnya pun sedap.
Kerabu Mangga + Bilis
Lama dah simpan resepi Mak Cella ni.
Caranya;
1. Satukan mangga yang telah diparut, hirisan bawang merah, hirisan cili dan tomato
2. Gaul bersama garam dan gula
3. Perah limau dan sesuaikan rasa
4. Tabur bilis goreng dan gaul sekata. Siap!
# Ummi modified sikit, letak sekali kacang tanah goreng (tumbuk² manja) dan gaul bersama dalam kerabu. Untuk hiasan, tabur bilis + kacang tanah goreng. Kacang tanah & bilis tu baki kenduri kesyukuran hari tu, itu yang masukkan sekali.
Sedap 😋
Tq Sis Afzan dan Mama Cella. Mudah-mudahan beroleh pahala yang berterusan aamin 🤲
Rindunya nak makan singgang daging. Nanti nak cari air kelapa muda dulu.
ReplyDeleteLetak air kelapa ye Kak Amie? Mesti lagi sedap ni :)
DeleteMacam tak pernah makanlah singgang daging 😃 Teruja pulak nengoknya 🌹 Boleh try..save dulu link ni...hihii
ReplyDeleteKan? PH pun baru first time makan ni :)
DeleteTerima kasih singgah sini 💐
wak x penah try makan singgang daging gituu., huhu
ReplyDeleteCubalah Wak, sedap :)
DeleteRajin PaH cuba resipi baru. Budupun ada simpan ya.
ReplyDeleteTeringin nak rasa NA...
Deleteada masa bolehlah cuba
ReplyDeleteSila...Sila :)
DeleteUiii.....sedap singgang tu PH..
ReplyDeletekerabu tu kalau dapat mangga mengkal lagi syok.Tapi yang putih tu pun sedap
Try la MC...
DeletePelam sy guna ni pelam lemak2 tu, sedaplah tak berapa masam.
Tq tau resepi 🤗
Haaa.. kann .. penyakit berjangkit bulan puasa ni namanya.
ReplyDeletesinggang daging kalo time raya haji menu wajib ada....bln puasa ni xde lg menu singgang daging tp aritu MIL masak singgang bendi
ReplyDeleteAduh!! Sedapnya.. Sha dah lama tak beli daging.. Teringin pula lepas tengok perkongsian sis ini..
ReplyDelete