Hari kedua di Cameron Highland...
Nampak tak titisan air di tingkap sebelah kanan tu? Walaupun CH dah tak sesejuk dulu tapi malam tadi hujan, memang sejuklah...
Hentian pertama, Kea Farm.
Pukul 9 pagi kereta dah banyak menuju ke sini. Kami parked berhampiran jalan masuk ke Copthorne, senang nak turun semula ke Tanah Rata nanti.
Kemudian singgah pula di Agro Market. Kata salah seorang peniaga, baru saja dibuka tempat ni.
Bahagian atas ni ada tempat bergambar, dari bawah nampak ada taman bunga. Ada bayaran dikenakan untuk masuk. Manakala di bahagian bawah ni ada gerai jualan yang proper untuk para peniaga. Tempat letak kereta juga luas. Untuk 20 minit pertama, tiada bayaran dikenakan.
Ummi hanya borong sayur di bawah ni saja. Sebakul ada 7 jenis sayur ni hanya RM10, berbanding di Kea Farm, 5 jenis RM10.
Ummi berkenan dengan zucchini kuning ni sebab tak pernah tengokkan ... minta peniaga tukarkan dengan sebatang lobak putih di bakul sebelah (Ummi ambil yang tu) tapi dia ambil yang baru. Dia pun nampaknya seronok sebab Ummi berkenan dengan zucchini kuning tu :D Katanya masak tumis dengan udang sedap. Mujur Ummi tanya, ingatkan makan mentah macam zucchini hijau π
Seterusnya kami ke Kg Sedia untuk memetik strawberry.
Last but not least, singgah di Taman Agroteknologi MARDI.
Seronok bersiar-siar di sini, banyak tarikan... Cuaca pun nyaman walaupun dah tengahari. Ada taman bunga, kebun sayur, nurseri pokok, petting zoo...
Usai makan tengahari, Walid & the boys pergi solat Jumaat manakala Ummi & gegirls melepak di bilik. Layan telemovie Saat Hilang Cintamu. Viewing rate tinggi hari tu kan, itu agaknya replay cerita ni.
Petang jalan² dengan Kakak di Pekan Tanah Rata.
Cafe di sini semua cantik-cantik...
Berkenan dengan tea hamper ni tapi dah banyak beli tea di Kea Farm tadi :(
Datang pun untuk santai-santai jadi tak banyak sangat pun tempat yang dilawati. Tapi ianya tetap meninggalkan kenangan manis untuk kami sekeluarga :)
Bestnya jalan santai-santai. Kaki saya pun dah gatal ni nak merayap hihihii.
ReplyDeleteUii...syoknya mencari sejuk selepas berkicap-kicap @ utara..πΉ
ReplyDelete