Cerita bulan lepas ...
Lepas Tok Um dan Tok Ayah selamat menaiki ETS kami pun bergerak meninggalkan KL Sentral.
Singgah sebentar di Pantai Eco Park @ IWK Eco Park di Pantai Dalam.
Ianya adalah inisiatif IWK untuk menyediakan tempat riadah bagi orang ramai.
Pantai Eco Park seluas 12 hektar yang terletak di atas Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dibuka kepada orang awam secara percuma bagi memberi pilihan baru untuk melakukan aktiviti riadah. (Harian Metro)
Cantik, bersih dan terjaga tempat ni...
Dalam bangunan tu ada badminton court. Tak silap ada gelanggang futsal tapi Ummi tak tour semua tempat ni. Panas lit², pukul 11 lebih :)
Kalau datang awal pagi lagi seronok nak beriadah. Macam kami ni tak plan nak beriadah pun, sekadar nak singgah tengok tempat. Itupun tak explore habis.Anak² kecil kalau nak berbasikal pun sesuai di sini. Kalau nak main kejar² lagi best, tempat luas :)
Kemudahan parkir juga disediakan, di dalam dan diluar taman. Warung dan kedai makan juga banyak di kawasan ni, walaupun bukan dalam taman.
Menarik...SA x pernah sampai lagi....
ReplyDeleteKalau petang2 redup, mesti best pusing keliling kawasan ni, kan.. PH.
ReplyDeleteada lalu gak area ni tp x sempat lagi nak singgah....
ReplyDeleteBaru tau kewujudan taman ni.
ReplyDeletetempat parking kereta kena bayar tak?
ReplyDelete