Saturday, 1 April 2023

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Carneyz ada kongsikan tentang caruman i-Sayang yang diperkenalkan oleh EPF dimana suami boleh mencarum 2% dari potongan EPF -nya kepada isteri (dimasukkan ke dalam Akaun 1 isteri). Alhamdulillah satu lagi inisiatif baik dari kerajaan untuk menjamin masa depan golongan suri rumah. 

Selain dari i-Sayang, ada satu lagi caruman yang boleh dihadiahkan oleh suami kepada isteri 🤗 Ianya adalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan oleh PERKESO sejak Disember 2022. 

Takrifan suri rumah menurut PERKESO adalah; 

Orang bujang pun boleh mencarum tau! Syaratnya umur < 55 tahun. 

Ada banyak manfaat yang bakal diterima oleh para pencarum termasuk Pencen Penakat kepada balu (suami) dan anak-anak sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. 

Bab pencen yang disediakan oleh PERKESO ni bagi Ummi sangat² membantu waris yang ditinggalkan. 

Banyak lagi faedah lain yang disediakan menerusi SKSSR ni. Boleh rujuk PERKESO untuk maklumat lanjut. Pendaftaran juga sangat cepat, on the same day diluluskan. Bayaran diperlukan ialah RM120/setahun (in advanced/pre paid). Selepas setahun, renew. Once in always in concept. Maknanya tak bolehlah nak cancel ke tarik diri ke once dah daftar. Ala, kata sayang :p 


Bercerita pasal caruman EPF, PERKESO ni Ummi nak share satu cerita betapa pentingnya kita mencarum bila mula bekerja dan pastikan gaji kita ada potongan EPF. Ada kawan Ummi mengadu, dia kerja tapi sebab tiada caruman EPF, tak dapatlah nak rasa duit i-Sinar dsbnya tu. Kerjanya lebih kepada jadi pembantu kedai, kerja katering sebegitu dan mungkin dia pun tiada kesedaran jadi tidak pernah mencarum dengan EPF. Untuk adik-adik yang baru masuk dunia pekerjaan, pastikan anda mencarum dengan EPF dan PERKESO ye. Begitu juga bagi yang bekerja sendiri. Skim yang wajib ada, yang sukarela macam SKSSR pun ada. Sekarang ni ibu bapa juga dah boleh buka akaun EPF untuk anak-anak seawal usia 14 tahun. 

Macam kena pulak quote ni :)



7 comments:

  1. Baru tau ibu bapa boleh mencarum EPF utk anak2. Ingatkan EPF ni untuk orang2 bekerja je.

    Kesian kawan tu, sekarang ni majikan yang tak mencarum EPF utk pekerja boleh dikenakan denda. Tapi ada jugak kawan yg bukak restoran mengeluh sbb bukan majikan taknak potong EPF tapi pekerja yg taknak buat potongan sbb nak gaji penuh setiap bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sis utk anak2 buka akaun EPF.
      Iyelah kalau yg gaji kecil @ gaji hari tu kdg pekerja yg taknak potong EPF kan...

      Delete
  2. Mujur baca entri PH, jadi teringat balik pasal SKSSR ni. Masa baca berita pasal ni dah ingat nak bincang dengan suami, lepas tu lupa.

    Oh..ada rupanya EPF untuk anak, macam yang untuk isterilah agaknya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKSSR ni bagus utk kita yg tak bekerja ni puan, adalah perlindungan setidak-tidaknya...
      Sy tak berapa maklum tp mmg boleh mencarum utk anak2 semuda 14 tahun.

      Delete
  3. Skrg, semua boleh jadi ahli kwsp wpun belum bekerja. Kempen ahli kwsp sedang giat dijalankan termasuk di kolej Sk melibatkan semua pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kolej SK. Lagi cepat kita mula simpan, lagi byk tabungan utk hari tua nanti. Dan secara tak langsung mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar akan kepentingan EPF ni kan...

      Delete