Masa cuti sekolah hari tu cikgu buka tempahan untuk vest Pengawas Sekolah. Semua wajib beli la sebab vest baru, tak sama macam yang sebelum² ni, vest warna maroon yang boleh dibeli di kedai² pakaian sekolah. Vest baru ni custom design; ada sulam logo sekolah, logo JAIS dan dual color. Harga RM 45. Adik ambil saiz M. Besar sikit takpe, boleh pakai lama.
Nampak matured dah anak bongsu Ummi ni 😌
Dah jadi kakak² di sekolah...
Vest tu warna pink dan maroon di bahagian depan. Belakang maroon sahaja.
Ada tulisan Pengawas Sekolah dan nama sekolah juga. Kalau ada nama murid belah depan tu pun cantik juga.
Selamat bertugas Adik 💪🏻
Hehe mungkin masa depan mereka tingkatkan letak nama murid. Tidakpun kena jahit nama kain pada baju.
ReplyDeletenice kaler!! feminin vibe la kaler tu
ReplyDeleteCantik warna vest.. Selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengawas.
ReplyDeletecantik vestnya..selamat bertugas pengawas
ReplyDeleteDah besar2 anak kakak yaaa ☺️☺️. Sukaaa lah kombinasi warna vest nya
ReplyDeleteCantik kalernya.. maroon pink.. selamat bertugas adik pengawas
ReplyDeletecantik nya vest tu...
ReplyDeleteSweet warnanya apalagi pada gegirl kan
ReplyDeleteCantik warnanya..lain warna baju pengawas sekolah adik ye..kat Seremban masih warna biru..maybe sebab sekolah agama ke?
ReplyDeletePengawas Sekolah JAIS memang pakai baju pink / maroon SA. Lain dari sekolah KPM.
Deleteskrg ni banyak betul vest bermacam warna..
ReplyDeleteWah, jadi pengawas sekolah ye tahun ni? Selamat bertugas adik, nampak cantik dan kemas pakai vest pengawas
ReplyDeleteSelamat menjadi pengawas sekolah. Sekolah anak Cie pink untuk PSS.
ReplyDelete