Selesai makan tengahari di D Bendang Nasi Campur, kami ke Makam Mahsuri. Dah banyak berubah tempat ni rupanya. Kali pertama datang Langkawi, Ummi Walid ke sini. Kali kedua dengan 3 anak, tak ke sini sebab Kakak masih baby (4 bulan). Malas la nak bawa ke tempat yang orang kata keras ni kan...
Dulu (>20 tahun sudah) belum ada kompleks begini. Sekarang dah dibina tembok di sekeliling rumah Mahsuri, dah tak nampak dari luar ni. Nama pun Kota Mahsuri sekarang ni. Kami tak masuk ke dalam sebab anak⁴ tak nak masuk. Tak silap tiket masuknya RM15 utk dewasa dan RM10 utk kanak².
Selain tu ada gerai² jualan cenderamata dan makanan juga. Angah beli t-shirt Langkawi untuk kawannya. Adik pula beli souvenir untuk kawan².
Minyak gamat kan trademark Langkawi. ..
Dari sini ke Padang Mat Sirat. Konon nak cari sekolah yang Tok Ayah mengajar dulu, tak jumpa. Bawalah anak⁴ pusing² sampai ke airport.
Harga Eco Langkawi mahal 20 sen dari Eco di tanah besar. Biasalah tu, harga fast food di tempat tumpuan pelancong macam Genting, KLIA pun lebih mahal kan.
Balik hotel berehat kejap.
Lepas Asar turun ke pantai. Adik nak mandi pantai...
Ramai orang di Pantai Chenang ni...yang mandi-manda, yang bersantai, yang main jet ski pun ramai...
Walid took over jaga Adik, Ummi dengan Kakak pergi jalan² cuci mata. Area Chenang ni happening, tumpian international tourists. Hence, banyak la kedai² menarik dan dibuka sampai tengah malam. Lagi best semua walking distance je dengan hotel yang kami stay. Malam first sampai tu Walid dan Abang siap keluar meronda di kawasan ni tengah² malam. Ummi nampak katil terus zzzz...
Malamnya pula Walid beli nasi goreng je dekat kedai tomyam depan hotel. Malam tu Walid and the boys keluar lagi. Ummi and the girls zzzz... Esoknya ada aktiviti outdoor, kena tidur awal.
No comments:
Post a Comment